Japanese Cuisine,

Mr Teppanyaki Hidangan Terkenal Dari Jepun

Isnin, Januari 05, 2015 Mahamahu 0 Comments

Mr Teppanyaki Hidangan Terkenal Dari Jepun - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Hari ni nak makan satu lagi makanan dari restoran yg menggunakal konsep Jepun. Semua makanan juga bertemakan Jepun mana lagi kalau bukan Mr Teppanyaki. Kali ni Mahamahu nak cuba makanan Jepun ini pula di cawangan Sunway Piramid, memang menarik bukan jom kita baca ok.



Mr Teppanyaki menyediakan hidangan masakan panas dari negara Jepun di mana semua masakan akan di masak secara langsung di hadapan pengunjung. Teppanyaki adalah salah satu hidangan terkenal Jepun, yang menggunakan Kuali besi untuk memasak makanan. Kebanyakan makanan di sini menyediakan makanan sihat terutama sayur-sayuran dan juga makanan di panggang. 



Pada masa kini, Grill Teppanyaki menggunakan gril permukaan propana-dipanaskan dan digunakan secara meluas untuk memasak di hadapan para tetamu. Kaedah moden adalah juga sumber tarikan di Mr Teppanyaki di Malaysia. Selain daripada hidangan utama, Mr Teppanyaki juga menawarkan makanan lain dari negar Jepun seperti sushi dan Gyoza. Gyoza adalah seperti karipap berintikan sayur dan ikan sedap sesuai untuk pembuka selera.

Gyoza

Hari tu Mahamahu makan di Mr Teppanyaki buat pertama kali dan rasa nak sgt cuba masakan panas yg di masak depan mata. Mahamahu telah order beberapa hidangan seperti set Chicken & Salmon Teppanyaki. Hidangan ini mempunyai makan lengkap iaitu sayuran seperti taughe, karot dan kuchai yg di goreng kering. Terdapat juga Ikan Salmon goreng menjadi kegeraman Mahamahu serta daging ayam yg di masak dengan sos istimewa. Hidangan ini akan dtg bersama dengan sup dan juga nasi serta sos chili dan kicap.

Chicken & Salmon Teppanyaki

Kemudian hidangan kedua adalah Garlic Sauce Beef Teppanyaki. Hidangan ini mestilah mengandungi daging yg di masak bersama sos bawang putih dan juga lada hitam yg enak dan memang sedap. Terdapat juga sayur sepertu taughe, karot dan kuchai. Mcm biasa set ini ada sup dan juga nasi putih bersama chili sos dan kicap.

Garlic Sauce Beef Teppanyaki

Kalau makan hidangan set ini sahaja dah cukup untuk anda kenyang. Tapi bagi Mahamahu org Melayu yg mesti kena ada rasa kepedasan jadi kami telah order satu lagi hidangan iaitu Sotong & Lala Set. Hidangan makanan laut ini adalah menepati selera tempatan keran ia di masak dalam aluminum foil bersama dengan kuah sambal chili yg pedas dan enak. Kalau korang tgk hidangan ini ada kacang bendi dan juga beberapa rempah yg menjadikan ia cukup menarik.

Sotong & Lala Set

Bagi Mahamahu kalau makan dengan hidangan seafood tadi maka lengkaplah makanan harian kat Mr Teppanyaki ini. Baru ada rasa sos kicap dan pedas2 dari makanan tempatan. Bila dah makan panas dan pedas ni kena dengan air yg manis dan sejuk memang sesuai. Dua hidangan minuman yg Mahamahu pilih iaitu Galaxy Fruit Juice Mango dan juga Passion Motion dpt meneutalkan rasa pedas dan panas tadi. Memang menarik dan bestlah dapat makan sini.

Galaxy Fruit Juice Mango dan Passion Motion

Kalau makan sini memang cukup lengkap segala ada masakan sayur mahupun protein dalam satu2 hidangan. Makana seafood juga ada untuk yg suka makanan laut tersebut di Mr Teppanyaki. Semua di masakan panas dan segar apabila di order. Jadi nak makan sini sgt sesuai untuk yg diet. Tapi kena pandai pilih jenis makanan lah ok. Apa pun banyak cawangan boleh korang pergi. Selamat menjamu selera......






0 Pandangan: