Asam Pedas,

Bila Kulit Lembu Boleh Dimakan Maka Jadilah Menu Tradisional Special di MMA SANTAI CORNER NILAI

Isnin, Januari 19, 2015 Mahamahu 0 Comments

Bila Kulit Lembu Boleh Dimakan Maka Jadilah Menu Tradisional Special di MMA SANTAI CORNER NILAI - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Wow tgk tajuk entry kali ni cukup panjang maklumlah nama makanan yg Mahamahu nak tonjolkan kali ni pun lain daripada yg lain. Korang mesti jarang nampak kedai makan yg hidangakan makanan kulit lembu. Selalu makan daging lembu atau tulang lembu jer kan kali ni makan kulit lak.



Kulit lembu adalah antara bahagian yg boleh di makan daripada sekor lembut selain dari ekor dan tulang. Mahamahu buat pertama kali makan kulit lembut, kalau kita tgk kulit lebut keras dan pejal tapi bila di masak ia cukup sedap dan lembut. Special pula kulit lembu di masak Lemak Cili Api Kulit Lembu Keladi Lambuk. Kalau korang nak dptkan resepi ni boleh tgk di blog Denai.my ni memang senang jer. 

Lemak Cili Api Kulit Lembu Keladi Lambuk

Kalau korang tak mampu nak masak dan dpt kan kulit lembu ni Mahamahu ada satu lagi restoran yg menyediakan hidangan hebat ini. Mana lagi kalau bukan du MMA Santai Conner Nilai bagi org yg ada berhampiran memang dah cukup kenal kawasan food court ini. Mahamahu telah di jemput oleh blogger makanan yg popular iaitu saudara Hazman Fadzil mencuba hidangan ini, terima kasih bro.


Dalam food court MMA Santai Conner Nilai ini ada satu gerai makan yg sediakan hidangan masakan tradisional seperti masak lemak dan asam pedas. Tgk pada signboard korang tahu gerai ini memang menyediakan semua hidangan tradisional. Semua gerai di situ mula di buka dari pukul 5 petang sehingga 1 pagi. 



Banyak pilihan makanan yg ada di gerai milik akak D'lailai Suppower ini. Kalau nak makanan asam pedan dan juga masak lemak kat sini paling power dan sedap. Ini kerana semua masakan ini di sediakan dalam clayport tanah liat yg di masak panas di hidangakan kepada anda. Kalau dtg sini ada berbagai pilihan lauk pauk untuk di masak asam peda atau masak lemak. Selain dari kulit lembu popular kat sini adalah telur ikan mayong, kepala ikan mayong, ikan sembilang, ikan bawal mas dan mcm2 lagi.



Malam tu Mahamahu di hidangkan dengan pelbagai makanan yg cukup sedap dan menarik. Tak rugi dtg sini untuk makan malam anda bersama keluarga atau kawan2. Mahamahu telah di hidangkan dengan makanan menjadi pilihan ramai iaitu masak Asam Tempoyak Ikan Bawal Mas, Asam Pedas Ikan Sembilang, Kari Telur Ikan Tenggiri, Masak Lemak Cili Api Udang Galah Dengan Jering dan juga Masak Lemak Cili Padi Ketam Dengan Nenas.

Asam Tempoyak Ikan Bawal Mas

Asam Pedas Ikan Sembilang

Masak Lemak Cili Api Udang Galah Dengan Jering

Kari Kepala Ikan Mayong

Masak Lemak Cili Padi Ketam Dengan Nenas

Korang dtg sini boleh makan sepuas2nya dengan hidangan2 tradisional ini. Semua hidangan pada harga bertpatutan dimana setiap lauk ini yg dimasak dtg dengan set nasi. Harga mengikut harga pasaran makanan laut. Korang juga boleh tgk mcm mana masakan ini di masak secara live depan mata. Baru puas hati tgk mcm mana ia di masak.



Mahamahu rasa puas hati makan kat sini kalau korang nak rasa mcm mana Mahamahu makan ni boleh dtg sini. Kawasan ini hari2 di buka dan kalau kirang nak makan mee udang yg memang penuh dengan udang2 yg besar2 dan segar memang terbaik. Tu nanti Mahamahu akan citekan untuk entry akan dtg ok. Apa pun selamat menjamu selera dan selamat menikmati makanan yg sedap2.

D’LAILA MEE UDANG @ MMA SANTAI CORNER
Jalan BBN 1/1F, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Contact : 017-2253337
Facebook : D’Laila Suppower







0 Pandangan: