Big Spoon America Chinese Cuisine Kini Di Setia Walk Puchong

Big Spoon America Chinese Cuisine Kini Di Setia Walk Puchong - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Seberapa besar sudu yg korang pernah guna untuk makan?. Kalau korang dtg ker Big Spoon Setia Walk Puchong ini korang akan dapat tgk sudu yg besar. Walaupun sudunya besar tapi makan yg ada kat salam tu alah ciput jer hehehehe..


Jgn risau kerana walaupun sikit tapi anda boleh makan sebanyak mungkin kerana harga yg berpatutan. Ok lah Mahamahu cite sikit tentang restoran Big Spoon ini, ia adalah berkonsepkan Amerika Chinese Cuisine. Ini kerana konsep Big Spoon di bawa oleh owner ini dari Amerika dengan menyediakan hidangan berasaskan masakan China tapi menepati selera tempatan. 



Sebab tu anda makan pun dapat rasa keaslian masakan Chinese kerana semua bahan2 utama di bawa daripada sana seperti sos utamanya. Mahamahu mula2 tgk kalau dah kata Big Spoon mestilah hidangannya banyak tapi rupanya tidak. Korang yg berdiet atau menjaga pemakanan di sini adalah tempat di rekmenkan untuk cuba. Mai kita tgk pula antara menu2 yg ada di restoran Big Spoon ini.

Minyak cili, Kicap, Pepper Corn dan Minyak Bijan

Paling popular kat sini adalah hidangan Chicken Cold Noodle, iaitu makanan mee sejuk bersama dengan carikan daging ayam. Dalam hidangan ini ada bersama sayuran dan juga sedap di makan denga sos utama yg agak2 pedas sikit lah. Yang ni kalau korang tambah banyak pun tak apa memang tak rasa kenyang hehehe.

Chicken Cold Noodle


Kemudian yg special ada juga hidangan nasi iaitu Mapo Tofu Rice. Hidangan nasi bersama dengan kuah Tofu ini rasa yg ringan dan tak pedas dan dpt rasa Tofu yg dimasak. Perlu gaulkan semua nasi dan kuah Tofunya untuk dapat kecekapan rasa yg Uhmppp. Kemudian kena cuba pula Dumplings In House Special Sauce, ia adalah hidangan dumpling dengan rasa daging dalamnya yg di bungkus kecil dengan terdapat 3 biji di dalam satu hidangan.

Mapo Tofu Rice


Dumplings In House Special Sauce


Bagi dessert pula korang kena cuba makanan Spring Onion Pancake dan juga Strawberry Buttercream Prawns. Dua hidangan ini memang cukup rasa rangup dan manisnya. Paling Mahamahu suka adalah Strawberry Buttercream Prawns. Rasa manis dan juga masam dari strawberry memang gabungan yg serasi. Pancake ini pula rangup dan sesuai untuk di makan bersama dengan sos special yg di sediakan. Kalau nak cuba sup pun ada iaitu Rice Wine Sweet Soup, ia adalah rasa seperti tapai tapi tak berat dan manis2 sahaja.

Spring Onion Pancake

Strawberry Buttercream Prawns

Rice Wine Sweet Soup

Bila dah makan mesti nak minumkan, kat sini ada beberapa minuman yg di cadangkan untuk anda cuba kerana tak ada kat tempat lain. Kalau sapa yg nak minum softdrink boleh cuba air tin yg di bawa khas dari Beijing. Air minuman ini ada perisaa Limau Mandarin dan Oren tapi tak ada pewarna dan ia ada rasa gas yang agak tinggi. Kalau sapa nak minuman sihat boleh cuba Nutri Express iaitu minuman yogurt yg ada perisa Air Kelapa, Vanilla, Original dan Pineapple. Semua minuman sedap dan menyegarkan.

Oren, Pear With Rock Sugar, Nutri Express Vanilla, Nutri Express Coconut dan Limau Mandarin


Jadi kalau anda nak dtg Mahamahu rekmen restoran Big Spoon ini kerana makanan yg sedap. Ada dua cawangan di Setia Walk Puchong dan juga di dalam Aeon Big Subang Jaya. Cawangan baru akan di buka di Berjaya Time Square tak lama lagi. Harga makanan kat sini pun berpatutan dan tidak membazir. Tgk lah berapa sudu Mahamahu dah makan, Mahamahu cabar korang sapa dpt makan paling banyak nanti post kat Mahamahu ok. Semoga anda dapat mencuba... Selamat menjamu selera.

RESTAURANT BIG SPOON
D-7-G, Block D, Setiawalk, Persiaran Wawasan, Puchong







0 comment... add one now