Arabian Food,

MARHABA Restaurant Sambil Makan Sambil Menari Tarian Arab

Sabtu, Disember 20, 2014 Mahamahu 0 Comments

MARHABA Restaurant Sambil Makan Sambil Menari Tarian Arab - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalain. Negara kita cukup popular dengan hidangan dari negara Timur Tengah. Ini mungkin kerana faktor negara kita sebagai Negara Islam dan juga mungkin kerana kebanjiran pelancong daripada negara tersebut untuk melancong di negara Asia seperti Malaysia. Jadi pengaruh negara Timur Tengah seperti Iran, Iraq, Turki, dan juga Yaman sedikit sebanyak memberi kepelbagaian hidangan makanan di negara kita ini. 

 

Salah satu restoran yg menyajikan hidangan dari negara Timur Tengah adalah Restoran Marhaba. Restoran yg telah bertapak sejak 2013 di Malaysia ini telah membuka cawangan pertama di Publika Solari Dutamas. Kini meraka meluaskan pasaran baru ke belah Selangor apabila membuka cawangan kedua di Bandar Sunway. Betul2 berhadapan dengan Sunwat Hotel & Spa Resort, restoran ini beroperasi dari pukul 11.00 pagi hingga 1.00pagi.



Menurut pengurus restoran ini sebenarnya Marhaba adalah sebuah restoran daripada Dubai. Pemilik restoran meminati hidangan special kat sini telah membuka cawangan di Malaysia. Mereka juga merancang untuk membuka banyak lagi cawangan di seluruh Malaysia tidak lama lagi. So lepas ni semua rakyat Malaysia dapat nikmati hidangan sedap dan penuh perisa dari Timur Tengah.


Restoran Marhaba ini sebenarnya membawa originality hidangan dari negara Yaman. Bukan sahaja makanan tapi juga tukang masak dan pelayan2 di sini turut datang dari negara tersebut. Ia bagi mengekalkan keaslian dan juga rasa sebenar hidangan negara Yaman. Patut Mahamahu rasa bila makan kat sini agak lain daripada hidangan nasi arab di tempat lain.


Kalau korang nak rasa istimewa berada di negara Timur Tengah boleh dtang makan kat sini kerana suasana reka bentuk dalaman masih mengutamakan ciri2 Arab tersebut. Lepas makan kat sini nanti boleh lah bebahasa arab wakakaka. Kalau nak jadi cantik putih gebu mcm org Arab kena dtg makan kat sini hehehe. Apa pun semua hidangan sini boleh di katakan 100% Mahamahu suka dan rasa nak dtg dan makan lagi, memang sedap yer.



Kami hari tu di hidangkan dengan lebih dari 10 hidangan bermula dengan pembuka selera, menu utama sehinggalah kepada pencuci mulut.Teruja sgt bila tgk hidangan makan yg saiz cukup besar memang org Arab ni suka makan banyak tgk saiz mereka lah hehehe. Tapi kalau kita org Malaysia makan satu pinggan tu boleh kongsi 4 org kot. 


Kami di hidangkan mula dengan Mint Tea, Lamb Sup, Jarjeer Tomato, Chili and Cheese sauce. Semua ni makanan utama ada atas meja org Arab. Selepas tu baru di hidangkan dengan pembuka selera lain iaitu Fatoush, makanan yg mengandungi roti levantine salad dengan sayur-sayuran campuran segar. Memang rangup dan sedap untuk makan begitu sahaja.

Fatoush
Fatoush

Kalau kat sana wajib order satu roti daripada Yaman ni, Mulauwah roti yg di buat khas oleh chef dari Yaman. Special roti ni di masak dalam periuk berapi dan kerangupan sungguh menyerlah. Roti ni boleh di makan dengan kuah special yg di panggil Saltah Fahsah kuah yg korang boleh pilih antara kambing / ayam / ikan yang dimasak dalam periuk batu. Memang gabungan yg mantap dan kena sangat kalau makan dua2 ni. Bagi Mahamahu makan ni sahaja dah cukup kenyang tgk lah saiz besar kot.

Mulauwah
Mulauwah

Saltah Fahsah
Saltah Fahsah

Selepas tu pula ada hidangan nasi yg wajib dalam menu Timur Tengah ni. Nasi yg di hidangkan ni adalah Lamb Hanith iaitu kambing segar yang dimasak di dalam Tandoor dengan resipi rahsia Marhaba. Ini adalah signature dish kat Marhaba ni kalau dtg mesti kena order kalau tak rugi menyesal kerana kambing yg lembut dan juga nasi yg sedap sebati dengan rempah ratusnya. Kalau yg tak makan kambing boleh pilih ayam, yg ni di panggil Chicken Mazbi iaitu ayam bakar dengan wangi rempah tradisional Yaman.

Lamb Hanith
Lamb Hanith

Chicken Mazbi
Chicken Mazbi

Kemudian kalau nak makan Kebab kat sini ada special yg di panggil Marhaba Mix Grille iaitu gabungan Shish Tawook, Shish Kebab & Lamb Cubes. Semua ni lengkap dan juga ada roti di bawahnya memang sesuai untuk anda nikmati bersama keluarga. Kemudian untuk makanan yg simple tapi masih mengenyangkan anda boleh cuba  Shawarma Chicken / Falafel iaitu roti yg disumbat dengan daging ayam cincang / falafel.

Marhaba Mix Grille
Marhaba Mix Grille

Shawarma Chicken
Shawarma Chicken

Di Restoran Marhaba ini untuk pencuci mulut pula kami di hidangkan dengan Honey Tammar iaitu roti dengan pisang & kurma dengan madu dan krim keshta di atasnya. Kalau org tak kuat manis tak sesuai untuk hidangan ni terlalu manis. Bagi minuman pula special kena cuba iaitu Marhaba Mocktails seperti Vijito dan Lemon Mint. Mahamahu pilih minuman Marhaba Khas iaitu anda boleh rasa oren dan juga sedikit yogurt dalam minuman tu sedap dan menyegarkan.

Honey Tammar
Honey Tammar

Vijito, Lemon Mint dan Marhaba Khas

Shahee Mula Ban

Last sekali kami tutup makan tghari kat sini dengan secawan Shahee Mula Ban iaitu teh tarik special dengan rempah ratus yg lain dari lain. Kalau korang tgk memang mcm teh tarik tapi bila rasa ada mcm rasa halia tapi bukan halia sedap dan mencuci perut. Memang hari tu kami makan cukup banyak dan mengenyangkan. Korang boleh dtg sini sendiri dan cuba sendiri semua hidangan yg di sediakan. Mahamahu dah sampai korang bila lagi. Selamat menjamu selera ok....

MARHABA RESTAURANT

Cawangan Publika
D1- G4 -1, Publika Solaris Dutamas,
No 1 Jalan Dutamas,
50480 Kuala Lumpur.
Phone: +603 – 6207 8222 / 9222

Cawangan Sunway
@Sunway Borneo Rain forest
Opp : Sunway Resort HOTEL,
Persiaran Lagoon, Bandar Sunway,
47500 Selangor
Phone : +603-745 16183

Laman sesawang : http://www.marhabarestaurant.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/ArabFoodMarhaba










0 Pandangan: