Bucida Court,

Bucida Court Sungai Penchala Syurga Makanan di Kuala Lumpur - Bahagian 1

Rabu, Disember 03, 2014 Mahamahu 0 Comments

Bucida Court Sungai Penchala Syurga Makanan di Kuala Lumpur - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Buat rakan2 dan pembaca semua kali ni Mahamahu nak cite tentang satu tempat makan yg memang begitu banyak sgat makan sedap. Sebab itu Mahamahu panggil ia sebagai syurga makanan. Mana lagi kalau bukan di Bucida Court Sungai Penchala kalau lalu ikut jalan LDP menghala ke Puchong depan IKANO korang akan nampak restoran ini seberang jalan.



Minta perhatian semua yer kerana di sini terlalu banyak makanan Mahamahu tidak akan menulis banyak tapi akan letak gambar makanan sebanyak mungkin untuk anda pilih dan nikmati. Kalau nak tahu sedap atau tidak kena dtg sini sendiri dan nikmati. Tapi bagi Mahamahu ia sungguh berbaloi dan memang membuatkan perut anda penuh. Entry ini akan ada dua episod kerena terlalu banyak gerai dan makanan untuk Mahamahu letak. So jom kita terjah untuk gerai2 dan makan2 yg ada di sini.

Gerai Miss Pah Hot Pot's


Gerai menyediakan makanan berasaskan makan laut dan juga mee. Jadi paling sepcial kat sini mestilah jadi pilihan ramai iaitu Mee Kari Ketam Nipah dan Ketam Bunga dan Mee Kari Tiram. Tapi kalau nak makan ketam dengan nasi juga boleh pilih Ketam Sambal Hijau dan Ketam Sambal Berlada. Kat sini paling popular dan harga paling berpatutan mengikut harga pasaran. Jadi cuba tau kalau dtg sini.

Mee Kari Ketam Nipah

Mee Kari Tiram

Ketam Sambal Berlada

Ketam Sambal Hijau



Gerai Sup Lejen & Papa Hotdog


Kat gerai ini pula anda boleh pilih untuk makanan barat yg mudah di sediakan dan cepat sepeti hotdog. Kalau nak makanan tempatan anda boleh pilih sup2 yg enak2 dan lazat2 di sini.





Gerai AntaraBenua


Yang ini pula menyediakan masakan panas yg memang di masak atas tempahan sahaja jadi ia pasti segar dan sedap. Kalau nak cuba boleh pilih masakan panas seperti Ayam Penyet, Masak Paprik, Tom Yam, Singgang Ikan dan mcm2 lagi. Semua masakan tempatan yg sedap dan panas untuk anda makan malam di sini.




Gerai Uncle Ron's


Bagi yg minat masakan barat di sini adalah pilihan anda kerana terdapat menu seperti Steak, Chicken Chop, Lamb Chop, Fish & Chip dan mcm2 lagi. Harga juga sangat2 berpatutan dan kuantiti makanan juga banyak dalam tu memang kenyang untuk seorang makan.





Gerai Raja Udang Cafe


Kalau anda peminat udang makanan laut ini di sini terdapat pelbagai makanan yg berasaskan daripada udang2 yg besar dan sedap. Special di sini adalah Mee Udang Tualang dan juga Nasi Goreng Special memang Mahamahu suka nasi gorengnya.





Gerai Chi Thai Rasa Kelantan


Ini special daripada negara Cek Siti Wan Kembang mana lagi kalau bukan Kelantan. Di gabung bersama hidangan daripada negara Thailand memang ia menyediakan makanan panas seperti Tom Yam, Nasi Goreng Thai dan mcm2 lagi lah.



Gerai Satay, Penang Char Kuew Teow & Kerang Bakar


Satay wajib ada di kawasan court seperti ini untuk variati pilihan rakyat Malaysia yg memang kaya dengan makanan. Paling best juga di sini adalah Penang Char Kuew Teow dan juga kerang bakar kalau anda nak rasa makanan lain.





Gerai Pakk Jibby Fried Chicken 


Sini lain daripada yg lain kerana menyediakan makanan ayam goreng rangup. Terdapat pelbagai pilihan ayam goreng rangup seperti Chicken Cheese Wrap, Jibby Pop Chicken, Jibby Cheese Dwag dan banyak lagi lah korang boleh pilih sendiri ok.



Gerai Shisha Oasis


Kalau anda nak lepak2 lama kat Bucida Court ini sambil layan Shisha pun boleh di sini. Mcm biasa ada banyak perisa dan juga wangian untuk anda yg memang meminati Shisha. Lepas makan sambil layan shisha adalah yg menyeronokan betul tak. Tapi Mahamahu tidak hisap shisha sorry.


Tu adalah sebahagian daripada gerai yg ada di Bucida Court ini. Lepas ini akan ada satu lagi entry untuk Bucida Court kerana masih banyak lagi gerai dan makanan yg sedap2 ada di sini. Jgn lupa untuk bagi koment anda yg telah makan di sini. Bucida Court setakat ini beroperasi dari pukul 6ptg hingga 2pagi. Jadi kebanyakan org yg lepak sini adalah mereka yg pulang kerja dan juga tinggal di sekitar Damansara.


Maps di bawah ini ada guide untuk anda nak menghala ke sana. Tapi pastikan simpang yg anda nak masuk adalah betul kalau tidak nanti tak sempai walaupun Bucida Court hanya terletak di tepi lebuh raya LDP sahaja. Kalau anda nak tahu maklumat lanjut boleh layari laman facebook seperti di bawah.

BUCIDA COURT
Alamat : Lot 2816 Jalan Damansara, Sungai Penchala,
60000 Kuala Lumpur, Malaysia 
Phone : 03-4108 7922 
Email : bucidacourtsdnbhd@gmail.com


Bersambung........







0 Pandangan: