Fish & Co,

Fish'mas Platter Masakan Laut Ala Caribbean Bersama Noh Hujan Di Fish & Co

Isnin, November 24, 2014 Mahamahu 0 Comments

Fish'mas Platter Masakan Laut Ala Caribbean Bersama Noh Hujan Di Fish & Co - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Buat pertama kali Mahamahu menikmati makanan di Fish & Co ini kerana sebelum ini tidak pernah rasa untuk mencuba. Jemputan untuk majlis memperkenalkan hidangan baru sempena hujung tahun ini di Fish & Co memberi peluang Mahamahu dan beberapa org rakan blogger lain untuk menikmatinya.


Majlis memperkenalkan hidangan yg di beri nama Fish'mas Platter ini turut di hadiri oleh beberapa org barisan artis popular tanah air seperti Noh Hujan, Oh Chintaku dan ramai lagi. Meriah di adakan di cawangan utama Fish & Co Pavillion Kuala Lumpur



Acara malam tu di mulakan dengan majlis memperkenalkan hidangan baru ini kepada tetamu. Di buka secara rasmi oleh Suan Ai Pengarah Pemasaran Pavillion KL bersama denga Steven Tan Pengarah Fish & Co. Meriah majlis memperkenalkan hidangan ini di selangi dengan permaianan simple melibatkan tetamu yg hadir. 



Mahamahu dan juga rakan2 blogger lain turut menyertai permainan pada malam tersebut. Ini semua kerana hadiah2 yg dui tawarkan cukup memukau. Walaupun team Mahamahu and Noh tak menang tapi seronok dan meriah pada mlm tersebut. 

Fish'mas Platter




Selepas penat bermain game baru lah terasa lapar yg sangt untuk menikmati hidangan Fish'mas Platter. Dalam satu periuk hidangan ini cukup meriah dgn pelbagai makanan laut seperti udang, kerang, kupang dan sotong. Semua makanan laut tersebut di peram dalam rempah ratus Cajun dan di panggang panas. Memang membuka selera kita kalau mengadap hidangan berdua sungguh kenyang. 


Mahamahu sendiri makan ngan kawn2 blogger pun tak dapat nak habis kerana bagi mereka yg gemar akan rasa rempah yg kuat ini adalah hidangan anda. Bersama makanan laut yg segar dan fresh. Bolehlah anda dtg mencuba sendiri hidangan ini di semua cawangan Fish & Co seluruh Malaysia. Harga juga berpatutan untuk satu hidangan RM89.95 bersama 2 sup dan 2 cawan minuman. Tawaran promosi ini bermula 1 Desember 2014 untuk masa terhad sahaja.

Maklumat lanjut layari laman di bawah:
Lam web : http://www.fish-co.com.my
Email : enquiry@fish-co.com.my
Facebook : http://www.facebook.com/FishNCoMY