Fast Food,

30% Lebih Murah Untuk Makan Di Kenny Rogers Roasters

Khamis, November 13, 2014 Mahamahu 0 Comments

30% Lebih Murah Untuk Makan Di Kenny Rogers Roasters - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Zaman ekonomi tengah meningkat dan kadar sara diri yg juga meningkat kita kena bijak mencari peluang untuk mendapatkan harga murah. Sebab tu Mahamahu selalu dpt makan murah tak perlu bayar lebih. Kali ni lak Mahamahu makan di Kenny Rogers Roasters untuk ayam panggang yg enak dan lazat.
 

Tak pelu Mahamahu nak perkenalkan lagi restoran ini kalau teringin nak makan ayam panggang yg sihat dan enak kat sini lah carinya. Mahamahu sempat mencuba banyak menu sihat dan makanan yg enak2 di sini. Pasti kalau dtg sini Mahamahu akan order menu ayam golek yg di sediakan bersama dengan hidangan sampingan lain.

Red Hot Meal

Seperti ini adalah Red Hot Meal pada harga RM18.90, yg mengandungi 1/4 bahagian ayam bersama dengan Coleslaw, Mashed Potato & Gravy, BB Baked Beans iaitu kacang merah dan juga 1 home-made Muffin. Kalau Muffin ini anda boleh pilih dengan pelbagai perisa dan rasa yg sedap.

Kenny Chicken & Pasta Meal

Kemudian boleh nikmati hidangan ayam bersama pasta, iaitu Kenny Chicken & Pasta Meal yg berharga RM23.50. Dalam set ini mengandungi 1/4 bahagian ayam panggang, Tantalizing Spaghetti yang boleh anda pilih iaitu Spaghetti Beef Bolognaise, Tangy Chicken, Cheezy Chicken dan Marinara Chicken. Ia juga mempunyai satu hidangan sampingan dan juga 1 home-made Muffin.

Kenny's Chicken & Soup Meal

Kalau suka ayam dan sup di restoran ini menyediakan hidangan di beri nama Kenny's Chicken & Soup Meal. Ada juga 1/4 bahagian ayam panggang, nasi aromatic, dan juga 1 Kenny Home-made sup iaitu boleh pilih antara Mushroom Chicken Soup atau Kenny Chicken Porridge. Termasuk 1 Home-made Muffin. Hidangan ini harga RM17.50 sahaja.

Texas Tortilla Wrap

Kalau yg makan sayur lebih boleh order Toasted Tortilla Wrap. Bagi hidangan ini akan di sediakan setelah anda order untuk kekalkan kesegaran dan kerangupan Tortilla yg di bakar tu. Untuk hidangan ini ada 3 jenis yg berbeza iaitu Texas Tortilla Wrap mengandungi daging ayam, sayuran dan sos di dalamnya. Kedua Island Tortilla Wrap ada daging ayam, sayur dan sos Thousand Island di dalamnya. Yang ketiga pula Vegelicious Tortilla Wrap yg sesuai untuk mereka yg hanya makan sayur sahaja.

Cappuccino Iced Blends, Fruit Jelly Delight, Minty Passion Mocktail, Breezy Island, Cramel dan Chocolate Iced Blends

Tu lah antara hidangan popular di sini kalau anda dtg boleh cuba Mahamahu dah cuba semuanya memang menarik. Kalau untuk minuman pula anda boleh cuba barisan minuman yg special di sini, seperti Cappuccino Iced Blends, Minty Passion Mocktail, Breezy Island, Cramel Chocolate Iced Blends dan Fruit Jelly Delight. Semua minuman ini menyegarkan dan sedap.

Hot Chic Tenders

Fiery Flaming Wings

Nak tambah side dish yg lain Mahamahu galakan anda untuk nikmati snak baru daripada restoran ini iaitu Hot Chic Tenders atau Fiery Flaming Wings. Tapi awas kepada yg tak tahan pedas kerana kedua2 snack ini memang pedas sampai ke tekak hehehe.


Mesti korang kata Mahamahu makan ni semua mahalkan. Sebenarnya tak kalau kita bijak membeli. Kini dengan www.Offpeak.my korang mampu untuk makan semua ini dengan diskaun 30% sahaja. Wow mana nak dapat cuma kat laman web ini sahaja. Promosi ini boleh anda dpt dengan daftar melalui laman web mereka dan pilih restoran yg anda nak. Untuk Kenny Rogers Roasted ini hanya 5 cawangan ada promosi ini iaitu Subang Parade, Cheras Leisure Mall, KL Sentral,  Tropicana City Mall dan Setia City Mall sahaja.


Lepas korang dan daftar dan pilih restoran mana nak nikmati diskaun ini anda perlu pula pilih tarikh dan waktu untuk nikmati promosi ini. Tak semua waktu hanya pada waktu yg di tetapkan sahaja anda boleh nikmati promosi ini. Tapi jgn bimbang ia selalu pada waktu tghari.


Lepas anda buat pengesahan booking tersebut anda akan dapat email dan anda hanya perlu bawa email tu untuk nikmati promosi diskaun ini. Tiada bayaran di kenakan pada masa anda buat tempahan. Semua bayaran dan potongan akan anda nikmati selepas makan di restoran tersebut. Mudah jer kan senang dan cepat. 


Apa tunggu lagi daftar segera dan nikmati hidangan promosi daripada Kenny Rogers Roasters. So Mahamahu dan makan anda bila lagi jom selagi ada tawaran ini. Anda boleh follow mereka di laman2 di bawah.