Makanan Steamboat Bergerak di Sazori Shabu Zone And Grill

Makanan Steamboat Bergerak di Sazori Shabu Zone And Grill - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Anda peminat steamboat and grill tak? Mahamahu suka juga makan steamboat and grill ni kerana pilihan makana banyak dan sekali masuk makan sampai puas. Tapi satu tempat makan yg juga popular dengan steamboat dan grill menggunakan konsep berlainan. Mana lagi kalau bukan kat Restoran Sazori Shabu Zone And Grill di Sunway.




Tempat ni menyediakan makanan steamboat dan grill di atas conveyor begerak seperti restoran shusi yg biasa anda pergi. Konsep ini adalah untuk menjaga kebersihan restoran dan juga memudahkan pelanggan untuk mengambil makanan tidak perlu begerak jauh, malah makanan dtg kepada mereka. Pelanggan yg masuk ke sini akan di duduk di satu meja yg lengkap dengan dapur untuk memanaskan sup untuk steamboat dan juga dapur grill untuk memanggang daging.




Dari segi lauk pauk lak menampilkan lebih dari 60 item pada conveyor bergerak dari bahan-bahan yg segar. Restoran ini mengkategorikan bahan-bahan mereka dengan meletakkan mereka di dalam bekas warna yang berbeza. Biru untuk makanan laut, oren daging, dan hijau untuk sayur-sayuran. Setiap pelanggan dibenarkan 120 minit untuk makan dalam sesekali tempoh sahaja tau.



Di sini ada beberapa pakej makanan dengan harga yg peratutan. Kalau ambil pakej biasa pada harga RM31.90 per person anda akan dapat tambahan daging lembu dan daging kambing untuk grill. Manakal pakej kedua pada harga RM38.00 per person menawarkan tambahan makanan seperti daging lembu, ham ayam, baby octopus dan gyoza ayam.






Kalau anda nak makan steamboat di sini menyediakan empat jenis sup untuk dipilih mulai dari sup ayam, sup Tom Yam, sup daging lembu dan sup Ponzu. Pelanggan juga akan mendapatkan periuk mereka sendiri dan sup sendiri untuk memasak makanan mereka. Sup Ponzu diperbuat daripada kicap Jepun yg seimbang dari rasa masin, masam dan manis, manakala sup Tom Yam cukup rasa pedas dan tomyam yg sesuai untuk makan steamboat pilihan Mahamahu.




Menyedapkan lagi steamboat anda pastinya kena dengan sosnya. Di restoran ini menyediakan 6 jenis sos yg di hasilkan sendiri dengan enaknya. Sos yg terdiri daripada Sazori Specialty Sauce, Roasted Sesame Sauce, Homemade Peanut Sauce, Sweet Sauce, Homemade Chili Sauce dan Homemade BBQ Sauce. Mahamahu suka yg Roasted Sesame Sauce dan Sazori Specialty Sauce dua2 sesuai untuk makan dengan steamboat dan grill.



Selepas makan panas2 mesti nak makan dessert yg sejuk2 baru lega rasanya badan. Kat Restoran Sazori Shabu Zone And Grill ada juga aiskrim yg sejuk pelbagai perisa termasuk aiskrim cendol. Kalau nak rasa kelainan sop dan juga suasana makan steamboat Mahamahu suggestkan restoran ini kerana ia tenang, selesa dan sedap. Jom kita makan ok selamat menjamu selera.

RESTORAN SAZORI ZONE AND GRILL
Alamat : B-G-3A, Block B, No 1,
Jalan PJS 8/15, Arena Mentari, 
46150 Petaling Jaya, Malaysia
Tel : 03-5887 2843

Waktu operasi 
Isnin - Khamis : 12:00tgh - 3:00ptg, 5:30ptg - 10:00mlm
Jumaat - Ahad : 12:00tgh - 11:00mlm