Malaysia,

Jualan Dalam Talian Terbesar di Malaysia Tahun 2014

Ahad, September 28, 2014 Mahamahu 0 Comments

Jualan Dalam Talian Terbesar di Malaysia Tahun 2014 - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Rakyat Malaysia sekarang telah sedar tentang pembelian secara online dari segi kemudahan dan juga kelebihan yg ada pada kuasa pembeli. Kini mereka yg suka membeli belah secara online masih terus boleh membeli belah tapi dengan skala lebih besar lagi dan promosi lebih murah.


Buat pertama kali, Digital Malaysia membawakan kepada anda jualan dalam talian terbesar di Malaysia  atau #MYCyberSALE. Pelbagai barangan dan produk elektronik, komputer, pelancongan, fesyen, makanan dan kecantikan boleh anda dapati dengan diskaun sehingga 90% daripada lebih 4,500 peniaga yang terlibat dalam jualan dalam talian ini. Zalora, Lazada, Air Asia, Groupon, Lelong, Domino, Bodyshop, FoodPanda dan banyak lagi pembekal E-marketplace di Malaysia.

Selain itu, anda juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Jualan dalam talian ini hanya belangsung untuk 3 hari sahaja iaitu dari 29 September sehingga 1 Oktober 2014 ini sahaja. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Membeli-belah dalam talian, bila-bila masa, di mana sahaja  layari www.mycybersale.my untuk promosi ini.