Hari Raya,

Kuih Raya Pilihan Mahamahu 2014

Rabu, Ogos 06, 2014 Mahamahu 0 Comments

Kuih Raya Pilihan Mahamahu 2014 - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. 1 Syawal telah kita lalui dengan meriah dan gembira walaupun dalam keadaan sederhana. Ye lah dengan isu MH 370 dan MH 17 pula tu dengan isu serangan Israel terhadap Palestine yg tiada belas kasihan juga isu boikot memboikot. Banyk perkara yg menjadi dugaan buat umat Islam tahun ini.

Tapi bukan itu tajuk utama Mahamahu tapi hari ni nak cite pasal kuih raya untuk edisi tahun 2014 ini. Kuih raya ini pilihan Mahamahu kerana bila raya jer mesti kuih ini akan di cari. Nak cuba kuih baru tu adalah tapi belum menjadi penambat hati lagi. Kat sini ada beberapa kuih raya baru dan lama jadi pilihan Mahamahu untuk raya tahun 2014 ini. Tapi sayang ada yg masih ada dan ada yg dah hampir2 nak lupus ehmmmmm...


1) Kuih Tat Nenas
Kuih ini menjadi pilihan Mahamahu kalau di tukar dengan pelbagai bentuk ia tetap menjadi idaman hati. Ini kerana warna yg kemasan dan rasa kuih yg lembut bersama inti nenas yg sedap dan tak berapa manis. Tapi sekarang ni inti tat ni bukan sahaja nenas dan jadi mcm2 ada so itu adalah pembaharuan yg bagus.


2) Kuih Bahulu
Kuih turun temurun ini wajib ada kat hampir setiap rumah yg Mahamahu singgah untuk beraya. Kalau rumah anda tak ada kuih ni maknanya Mahamahu belum singgah lagi hehehe. Tapi bahulu adalah antara kuih paling lama yg berada dalam list kuih2 raya popular. Walau telah mengalami revolusi kepada rasa, rupa dan warna tapi kuih ini tetap di beri nama Bahulu. Makan bahulu cicah cengan air sirap paling layannnnn..


3) Kuih Konfleks 
Kuih ini pun sama telah mengalami revolusi kepada bukan sahaja rupa, malah penyediaan dan juga bahan tambahan yg menjadikan kuih ini kadang2 di panggil Kuih Konfleks atau pun kuih lain. Kuih paling mudah untuk penyediaan dan paling banyak boleh buat dalam tempoh yg kejap jer. 


4) Kuih Rich Nut’s Karamel 
Ni adalah kuih raya gabungan moden dan tradisional jadi lah satu kuih raya versi baru ini. Bagi Mahamahu ia adalah kuih raya yg masih baru dan kini mula masuk kedalam rumah untuk musim perayaan. Kuih ini Mahamahu tak pasti ia bukan sahaja boleh di jadikan kuih raya malah boleh jadi mcm kekacang yg boleh makan bila2 masa jer. Ia cukup mudah simple dan rasa yg sedap Mahamahu pun dah mula minat kuih in.


5) Kerepek Pisang
Yang terakhir ini adalah satu2nya kerepek yg Mahamahu minat dan gila bila hari raya. Wajib makan bila singgah rumah org untuk beraya. Tapi sayang tahun ini buat pertama kali Mahamahu pergi beraya kat kebanyakan rumah dah tak ada kerepek pisang ini. Tak tahulah harga pisang mahal ker atau kerepek ini cepat laris sebab memang susah nak jumpa. Kalau ada pun tinggal stok seredak jer yg lain dah habis kena bedal.

Apa pun kuih raya pilihan anda pasti hari raya tak meriah kalau tak ada kuih raya untuk meraikan tetamu yang datang. Tak kiralah kuih lama ker, kuih tradisional ker atau kuih2 moden tapi yg pasti kuih raya adalah antara budaya kita untuk musim perayaan. Jadi jgn kita lupa untuk menyediakan kuih raya bila tiba hari raya. Hehehehe apa pun selamat hari raya yg mana ada open house tu jom jemput Mahamahu dtg beraya di rumah ok. Selamat menjamu selera..