Arabian Food,

Hidangan Rasa Arab Di Vogue Cafe Hotel Renaissance Kuala Lumpur

Sabtu, Ogos 09, 2014 Mahamahu 0 Comments

Hidangan Rasa Arab Di Vogue Cafe' Hotel Renaissance Kuala Lumpur - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Nak cari makanan yg 100% rasa Arab asli kat Malaysia ni tak susah, sekarang negara kita kaya dengan pelbagai hidangan luar negara. Kini citarasa Arab boleh di dapati di Vogue Cafe' Hotel Renaissance Kuala Lumpur dengan hadirnya chef daripada Dubai.

Mix Grill (Shish Taouk, Lamb Kebab, Kebab Hallabi)

Chef Youssef yg telah mula melibatkan diri dalam dunia kulinari sejak tahun 1999 sehingga kini menjadikan beliau antara chef yg terkemuka di rantau Asia Tengah. Chef Youssef di pertanggungjawabkan menyediakan lebih daripada 50 jenis hidangan masakan Arab di Hotel Renaissance Kuala Lumpur. Anda mahu nikmati buffet ini boleh dtg bermula sekarang hingga 29 Ogos 2014 di Vogue Cafe'. 

Chicken Kebbsa

Di bawah ini adalah antara menu hidangan original Arab yg di sediakan di Hotel Renaissance Kuala Lumpur untuk anda yg nak cari kelainan hidangan buffet kali ini. Mahamahu dah rasa sendiri hidangan Arab ini memang cukup special dan terasa seperti berada di negara Arab sendiri. Nama makanan pun pelik2 tapi memang unik kerana hidangan yg penuh dengan rempah ratus.

Lamb

Vegetables Tagine

Lamb

Butter Poached Sea Bass

Samaka Kozbaria

Fried Rice



Moutable

Mujaddra

Handba Bil Zait

Tabouleh

Vegetables Mousska

Vine Leave

Muhammara

Hommous

Fattoush

Pasti yg paling istimewa untuk hidangan Arab ini adalah pencuci mulutnya. Knp? kerana pencuci mulut yg tidak manis tapi sesedap rasa untuk mengakhiri hidangan makan utama anda. Mahamahu paling suka pencuci mulut yg disedikan oleh chef di Vogue Cafe' ini.

Muhalabia

Tamriah

Bread Puding

Buffet hidangan Arab ini boleh dinikmati dengan harga bermula dari RM108.00++ bagi dewasa manakala separuh harga untuk kanak-kanak RM54.00++ berusia 6 hingga 12 tahun. So dtglah bersama keluarga anda atau teman2 untuk nikmati hidangan negara Arab yg selalu kita dgr2 dan tonton dlm tv kini ada di Hotel Renaissance Kuala Lumpur. Selamat menjamu selera....

Tempahan dan maklumat lanjut layari:-
RENAISSANCE HOTEL KUALA LUMPUR
Tel : 03 - 2162 2233
Email : rhi.kulrn.fb@renaissancehotels.com