Felda,

Roti Boom Makwe Pakwe Lembut Dan Berinti

Khamis, Julai 10, 2014 Mahamahu 0 Comments

Roti Boom Makwe Pakwe Lembut Dan Berinti - Salam sejahtera kepada pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Bulan puasa ni semua menda nak cepat dan kena kejar masa tambah2 bila time sahur. Tu yg Mahamahu selalu masak makanan segera dan cepat sahaja agar tak buang masa untuk bersahur. Mahamahu pun belilah satu product keluaran Megah Warisan SK yg unik dan sedap iaitu Roti Boom.


Roti Boom semua org tahu akan rasa yg lebut dan manis, tapi yg uniknya Roti Book keluaran Megah Warisan SK ini mempunyai inti. Selalu makan Roti Boom jer perisa original dan tiada ini tapi kali ini rotinya mengadungi inti yg berbeza-beza. Antara inti yg ada dalam product Roti Boom keluaran Megah Warisan SK ini ialah Roti Boom Berinti Otak-Otak, Roti Boom Berinti Coklat Chip, Roti Boom Berinti Serunding Daging, Roti Boom Berinti Serunding Ayam, Roti Boom Berinti Serunding Ikan Bilis dan juga Roti Boom Berinti Nenas


Wow memang banyak perisa yg boleh di nikmati ketika bersahur atau pun boleh makan untuk berbuka. Setakat yg Mahamahu dah rasa dan makan memang rotinya lembut dan enak, terutama bertinti Coklat Cip dan juga berinti Serunding Daging dan Serunding Ikan bilis. Tu semua perisa yg menjadi pilihan Mahamahu memang terbaik lah and sedap sgt. Ni lah salah satu keluaran anak Felda kerana kilang penghasilan Roti Boom ini di Felda Sungai Kelamah.



Cara penyediaannya pun tak susah kalau dah beli yg dalam pack sejuk beku tu boleh terus di masak dalam oven. Kalau masak guna kuali leper pun boleh mcm Mahamahu buat ni tapi perlu di biarkan dalam suhu bilik sementara lebih kurang 5 minit. Lepas tu boleh terus masak dalam kuali selama 10 minit jer, dah masak dan sedap. 


Cepat dan mudah bukan memang enak dimakan begitu sahaja atau di makan dengan kuah kari atau sambal memang terbaik. Mahamahu paling suka bila makan dengan kari bila time sahur tu tak perlu tunggu lama untuk masak kejap dan siap dan boleh makan. Harga tawaran istimewa untuk Ramadhan ini hanya RM10 untuk 3 bungkus specialkan. Kalau kawn2 nak dptkan product Roti Boom keluaran Megah Warisan SK ini mudah jer semua di hujung jari.

Tel : 012 - 3644 013 / 012 - 3694 013
Email : megahwarisansk@yahoo.com
Kilang : Felda Sungai Kelamah, 73400 Gemas, Malaysia