The Saujana Hotel Buffet Ramadhan Di Bawah Cahaya Bintang

The Saujana Hotel Buffet Ramadhan Di Bawah Cahaya Bintang - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kalau sebelum ini Mahamahu selalu review buffet Ramadhan kebanyakan di dalam dewan atau hotel. Tapi kali ini di The Saujana Hotel membawakan satu kelainan untuk anda rasai berbuka puasa di bawah cahaya bulan dan bintang. Di satu ruang yg luas menghadap keindahan The Saujana Hotel dan juga pool membuat kita rasa kelainan bila buka puasa di sini.


The Saujana Hotel mengutamakan keselesaan dan keindahan alam semulajadi yg di gabung bukan sahaja pada suasana malah dalam hidangan mereka. Masih mengekalkan keaslian masakan tradisional Melayu di tambah dengan citarasa barat serta timur tengah menjadikan buffet Ramadhan ini begitu unik dari segi campuran hidangan untuk di nikmati.


Bermula pada harga RM115++ bagi dewasa dan RM57.50++ untuk kanak2 di antara umur 6 hingga 12 tahun. Mahamahu rasa ia adalah satu pelaburan paling ideal untuk anda menikmati buka puasa dengan cara yg berbeza dan rasa yg pelbagai. Pembuka selera dengan makanan tradisional Melayu seperti Kerabu Hati Ayam, Kerabu Mangga Muda, Kerabu Nenas, Kerabu Pegaga dan banyak lagi. 

Kerabu Mangga Muda / Kerabu Kacang Botol
Kerabu Nenas / Kerabu Pegaga

Kerabu Hati Ayam / Kerabu Nangka

Melengkapi hidangan utama adalah menu tradisional Melayu seperti Nasi Minyak dengan Kacang Hijau, Ayam Rendang, Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Api, Udang Masak Tomato, Ketam Masak Lemak Cili Padi, Daging Kicap Berempah dan Gulai Masam Ikan Tenggiri dengan Terung Hijau.

Nasi Minyak dengan Kacang Hijau / Ayam Rendang

Ketam Masak Lemak Cili Padi

Gulai Masam Ikan Tenggiri dengan Terung Hijau

Daging Kicap Berempah

Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Api

Udang Masak Tomato

Terdapat juga ulam-ulaman dan juga sambal untuk melengkapi hidangan makanan tradisional Melayu. Bagi pencuci mulut pula mereka menyediakan kuih-muih tradisional dengan pelbagai variasi bersama dengan dessert manis dari garapan citarasa barat seperti Assorted French Pastries, Bread Croissant Pudding, Cheese Cake, Mango Flan Cake, Rasberry Agar-Agar Santan dan Dodol.





Selain itu juga kelainan yg di tampilkan oleh The Saujana Hotel pada kali ini adalah dengan menyediakan 8 gerai. Di gerai2 ini terdapat pelbagai hidangan tempatan mahupun luar. Ada gerai Kambing Panggang, gerai Nasi Kerabu Kukus bersama Ikan Tongkol dan Acar Timun, gerai Roti Canai dan Murtabak, gerai Ayam Percik dan Ikan Bakar, gerai Satay dan juga gerai minuman. Semua hidangan di gerai ini di sediakan panas dan segar untuk tetamu yg dtg menikmati buffet Ramadhan ini.

Gerai Kambing Pangang

Gerai Satay Ayam dan Daging

Gerai Arabian Shawarma

Gerai Roti Canai dan Murtabak

Gerai Ikan Bakar dan Ayam Percik

Gerai Buah-buahan
Buffet Ramadhan di The Saujana Hotel akan bermula daripada 28 Jun 2014 hingga 27 July 2014. Bagi anda yg ingin membuat tempahan awal tawaran hebat di sediakan dimana setiap tempahan sebelum 20 Jun diskaun sebanyak 20% di berikan kepada anda. Manakala tempahan secara beramai-ramai melebihi 20 orang akan di beri diskaun 10% dan juga hidangan istimewa. Jadi tunggu apa lagi jom kita cuba. Mahamahu dan cuba anda bila lagi jom makan...

Tempahan boleh hubungi di sini:-
THE SAUJANA HOTEL 
Laman web : www.shr.my
Tel : 03 - 7843 1234 ext 6122
Email : dine@thesaujana.com







0 comment... add one now