Nostalgia Sajian Desa Tema Buffet Ramadhan Concorde Hotel Kuala Lumpur

Nostalgia Sajian Desa Tema Buffet Ramadhan Concorde Hotel Kuala Lumpur - Salam sejahtera kepada pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kalau tiba bulan puasa mesti hidangan tradisional Melayu menjadi pertaruhan setiap hotel atau restoran untuk berbuka puasa. Begitu juga di Concorde Hotel Kuala Lumpur dengan tema 'Nostalgia Sajian Desa' di sediakan oleh dua org chef profesional iaitu Chef Rogayah Sharif dan Chef Mohd Ridzuan. Namun di Concorde Hotel ini ada dua suasana buffet Ramdhan yg boleh di pilih mengikut kesesuaian anda.

 

Ruang utama adalah di Melting Pot Café yg menyediakan makan buffet Ramadhan dengan hidangan utama Umbut Kelapa Masak Lemak, Gulai Ikan Puyu dengan Ubi Kemili, Rendang Ayam Pencen, Udang Galah Tiga Rasa, Daging Salai Masak Lemak Belimbing, Siput Sedut Daun Selasih, Paru Goreng Berlado, Kambing Kuzi, Sotong Goreng Kunyit, Kurma Telur, Hati dan Pedal Ayam. 

Nasi Briyani Kambing

Lamb Chop Kurma

Umbut Kelapa Masak Lemak Putih


Lebih lagi menu desa/kampung yg special di sini seperti Ikan Patin Masak Tempoyak, Hati Lembu Masak Hitam Manis, Sambal Udang Galah, Batang Keladi Masak Asam, Sambal Sotong Petai, Lidah Lembu Bakar Air Asam, Puyuh Goreng Berempah, Sotong Sumbat, Gulai Haruan dengan Ubi Kemili, Lamb Chop Kurma, Ayam Kerutuk, Ayam Kampung Bermadu, Ikan Keli Berlada Hijau, Gulai Daging Kawah, Daging Dendeng and  Daging Opor Daun Salam.

Melting Pot's Sup Gearbox & Daging Salai Masak Lemak Belimbing
Dim Sum

Lokasi berbuka puasa kedua yg istimewa di Concorde Hotel Kuala Lumpur ini juga adalah di Concorde Ballroom yg lebih luas dan banyak variati untuk mereka yg dtng beramai-ramai. Di sini berkonsepkan gerai makanan dan masakan kawan yg di tonjolkan menjadi daya tarikan makanan istimewa di sini.  Selain daripada hidangan klasik, setiap menu mempunyai 2 item mee termasuk Laksa Pulau Pinang, Soto Ayam, Mi Rebus, Mee Hoon Sup Utara, Mee Bandung, Laksa Johor. Yang  pasti akan ada Bubur Lambuk, makanan laut Tom Yam, yang paling popular, Sup Gearbox dan Urat Keting adalah picks hebat juga!

Kumpulan Balle-Balle


Harga mengikut ruang yg hendak di booking.
Melting Pot Café (29 Jun - 27 julai, 2014)
- Bufet Semalam Paling Rendah di RM118.00 + + seorang
- Band Residen, Bergema prestasi 5 kereta
- Bersahur dengan Buffet Supper / Steamboat di RM60.00 + + seorang (11:00-4:00)
Concorde Ballroom (bermula 07-25 Julai)
- Makan dan menikmati persembahan secara langsung dari Balle Balle
- Bufet Semalam Paling Rendah di RM98.00 + + seorang
- Tempahan awal adalah di galakkan.

Selain itu juga sekiranya membuah tempahan awal ada lagi promosi hebat untuk anda. 
- 15% Diskaun ke atas 5 hari pertama (Jun 29, 30, 1 Julai - 3) & 3 hari yang lalu (25-27 Julai) 
- Diskaun 50% untuk kanak-kanak berumur 5 - 12 tahun

 Untuk tempahan awal, sila hubungi Hasrul di talian: 03 - 2717 2233 atau 03 - 2144 2200 extn 2337 atau email fbkl@concorde.net








0 comment... add one now