Kepuasan Berbuka Puasa Di Restoran TEMPTations Hotel Renaissance Kuala Lumpur

Kepuasan Berbuka Puasa Di Restoran TEMPTtations Hotel Renaissance Kuala Lumpur - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Menccari tempat untuk buka puasa kali ni ada satu lagi hotel yg menyediakan hidangan buffet Ramadhan yg penuh dengan menu2 dah selera yg cukup hebat. Dengan hidangan local dan international juga ada boleh kita rasa semua menu. Restoran TEMPTations di Hotel Renaissance Kuala Lumpur betul2 di laluan utama Jalan Sultan Ismail tgh2 Kuala Lumpur.

Sup Ekor

Bertemakan "IFTAR INDULGENCE" pasti makan penuh dengan kepuasan dan kesedapan hidangan dari chef2 profesional. Mahamahu dan beberapa rakan blogger lain di beri peluang untuk sama2 menikmati hidangan masakan yg ada bagi buffet Ramadhan mereka. Tapi kalau buffet Ramadhan tak lari dari hidangan tradisional Melayu, dari nasi yg pelbagai seperti Nasi Tomato dengan lauk pauk tradisional seperti Daging Palembang, Kambing Masak Ketumbar, Bawal Masak Tomato, Sotong Masak Cili Kering Kicap Manis, Udang Lemak Cili Padi dan Pucuk Paku Sambal Belacan

Nasi Tomato

Daging Palembang
Kambing Masak Ketumbar

Bawal Masak Tomato

Sotong Masak Cili Kering Kicap Manis


Udang Lemak Cili Padi

Pucuk Paku Sambal Belacan

Bagi ruangan makanan Section hidangan India juga ada di sini dengan pelbagai menu menarik seperti Khema Biryani, Chicken Malai Tikka, Chana Masala, Goan Kari Ikan, Alo Simla Mich dan Sayur Pulao.

Khema Biryani

Chicken Malai Tikka

Lamb Roganjesh

Chana Masala

Di sini juga tersedia ruangan makanan Section hidangan barat seperti Grilled Chicken Leg and Fresh Herb and Jus, Grilled Asparagus and Sauteed Mix Mushroom, Grilled Minute Black Pepper Sauce, Sauteed Broccoli and Cauliflower with Cream dan banyak lagi.

Sauteed Broccoli and Cauliflower with Cream

Grilled Chicken Leg and Fresh Herb and Jus

Mock Chicken

Jeera Aloo (Potatoes Spiced)

Manakala bagi ruang makanan Section hidangan Chinese pula pasti makanan tradisional menjadi taruhan seperti Wok Fried Glass Noodle Dengan Makanan Laut, Mustard Rebus Plant dengan Isi Ketam, Sweet & Sour Udang dengan Buah Segar, Wok Sotong Goreng dengan Cili Kering dan Gajus.

  


Punya banyak bahagian yg ada di sini memang hebat lah makanan kat sini kan. Untuk bahagian dessert juga tersedia dengan makanan pencuci mulut moden bersama buah-buahan segar. Mahamahu dapat cuba semua hidangan ini tapi makan biar berpada- pada yer....



Kepada anda yg nak dtg makan buffet Ramadhan di Restoran TEMPTations ini ia akan bermula pada 29 June hingga 28 July 2014 dari pukul 6.30 petang hingga 10.30 mlm. Harga juga boleh tahan tak mahal lah bagi sebuah restoran dalam hotel bermula dari RM108++ bagi dewasa dan kanak-kanak 6 hingga 12 tahun pada separuh harga. Sekiranya anda memuat tempahan awal sekarang boleh dapat harga promosi hanya RM88.16 nett.


Dapatkan maklumat lebih lanjut adn juga untuk buat tempahan boleh hubungi mereka seperti di bawah:-
TEMPTations RESTAURANT RENAISSANCE KUALA LUMPUR HOTEL
Tel :- 03 - 2162 2233
Email :- rhi.kulrn.fb@renaissancehotels.com