Buffet Ramadhan,

Berbuka Puasa Dengan Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort

Rabu, Jun 11, 2014 Mahamahu 0 Comments

Berbuka Puasa Dengan Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Hari ni satu lagi tempat makan yg Mahamahu nak perkenalkan mempunyai buffet Ramadhan dengan harga paling menarik. Tak pernah lagi ada buffet Ramadhan dengan harga RM50 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak. Mana lagi kalau bukan Bangi Golf Resort yg terletak di Bandar Baru Bangi.


Mahamahu dan beberapa rakan blogger lain yg otai2 juga di jemput untuk menikmati hidangan buffet Ramadhan di BGR. Pastinya hidangan tradisional Melayu menjadi pilihan utama chef di sana untuk di hidangkan kepada tetamu sepanjang bulan Ramadhan nanti. Buffet Ramadhan ini bermula dari 2 Jun 2014 hingga 26 July 2014. Boleh booking sekarang untuk dapatkan promosi buffet paling murah setakat ini.



Tetamu yg datang juga di hidangankan dengan masakan secara live depan mata untuk mengekalkan kesegaran, di antaranya seperti Kambing Bakar, Satay Ayam dan Daging juga masakan secara terus untuk di nikmati iaitu Kway Teow Goreng dan juga Mee Goreng Mamak. Semua di masak panas untuk di hidang dalam buffet Ramadhan tersebut.



Hidangan Melayu yg menjadi pilihan dalam buffet Ramadhan BGR adalah seperti Nasi Briyani, Nasi Ulam, Gulai Kawah Daging, Sambal Sotong, Ikan Keli Masak Lemak Cili Api dan mcm2 lagi. 




 


Bagi pilihan barat juga ada di sini untuk mereka yg suka menikmati makanan seperti Lasagna Daging, Spaghetti dengan Souce Cabonara Ayam dan Grilled Boneless Chicken bersama Souce Krim Cendawan.


Bagi hidangan pencuci mulut pula ada yg tradisional dan ada juga yg western untuk mempelbagaikan variasi buffet Ramadhan di BGR ini. Bagi hidangan Melayu kat sini ada di sediakan Lemang dengan Rendang Daging, Cucur Udang, Karipap, Kuih Seri Muka, Kuih Lapis dan mcm2 lagi.

 


Kalau yg suka manis2 dan penuh dengan kebaratan boleh cuba pencuci mulut seperti Red Velvet Cake, Chocolate Fudge Cake, Creme Brulee Tartlet, Chocolate Mousse Sundae, Watermelon Lychee Jelly, Young Coconut Jelly, Creme Caramel dan mcm2 lagi rambang mata di buatnya.


Tapi special dessert yg ada kat sini adalah homemade aiskrim yg di buat depan mata anda. Ada pelbagai perisa baru hasil R&D oleh barisan chef2 di BGR. Paling unik Mahamahu cuba dalah aiskrim perisa Bunga Kantan dan ada juga aiskrim perisa Tembikai Susu dan juga perisa Teh Tarik. Wahh kalau rasa nak cuba mai dtg ker Bangi Golf Resort tak mahal pun murah je.


Apa pun kalau nak makan kata org biar berpada pada, kat sini mereka ada sediakan surau untuk solat Tarawih selepas menjamu selera. Mahamahu dah cuba anda bila lagi, mai lah datang Bangi Golf Resort tapi kena cepat kerana selalu penuh, jadi bookinglah dulu ok. Nak booking boleh hubungi mereka seperti maklumat di bawah ini.

BANGI GOLF RESORT
Tel : 03 - 8925 3728 / 03 - 8210 0265
Email : bgb.bangigolf@gmail.com







0 Pandangan: