Nasi Kukus Pelbagai Lauk Terbaik di Kota Bharu

Nasi Kukus Pelbagai Lauk Terbaik di Kota Bharu - Salam sejahtera kepada pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Satu lagi lokasi makan tengahari terbaik di Kota Bharu yg sempat Mahamahu singgah dan nikmati. Kata org kat Kota Bharu ini memang cukup glamor dengan Nasi Kukus. So ni salah satu gerai nasi kukus yg cukup popular terletak di tengah2 KB. Suriani Nasi Kukus terletak betul2 di tepi Stadium Muhammad IV menuju ke jalan Hospital Raja Perempuan Zainab II.


Kalau kat KL ni nasi kukus popular hanya lauk ayam goreng berempah jer kan, tapi kat Suriani Nasi Kukus Kota Bharu ini ada pelbagai jenis lauk pauk yg sedap2 dan terbaik. Bukan sahaja ayam goreng yg popular tapi ada ikan goreng, sotong, udang, ikan keli, kari ayam, telur masin dan mcm2 lagi lauk pauk. Boleh pilih campur lauk pauk kalau nak memang terbaik dan menarik.



Bila Mahamahu sampai kat situ memang ramai org berbaris dan tak cukup tempat duduk, tu belum lagi ada perlawanan kat stadium tu kalau ada memang lagi penuh lah org kat kedai tu kan. Masa Mahamahu sampai tgk pekerja lelaki dan perempuan kat situ memang cukup cekap dan laju sgt membungkus semua tempahan pelanggan. Makan nasi kukus kat sini tak ada pinggan semua makan dalam bungkusan kertas dan lepas tu boleh buang kertas tu.



Mahamahu pun tgk ramai org terus lah cuba bila bebaris dapat bau kesedapan kari dan juga tgk sambal cili yg di buat memang dah cukup menyelerakan. Belum lagi makan lauk pauk dan juga nasi yg di sediakan. Mahamahu hari tu telah pilih ikan bakar percik memang terbaik ikan besar dan juga kuah percik sedap sagt. Family Mahamahu ada yg makan ayam goreng yg rangup di luar dan berjus di dalamnya. 


Mahamahu cadangkan untuk anda yg dtg ker Kota Bharu ni mesti cuba nasi kukus tak kisah kat mana2 kedai kerana memang sedap. Lain daripada lain nasi kukus di KB ni. Mahamahu rasa mcm nak bungkus bawa balik jer nasi kukus ni hehehe. Harga juga berpatutan sebab pekerja yg membungkus nasi tu nanti akan bagi tahu berapa ringgit makanan lauk pauk yg di pilih. Cepat, sedap dan cukup menarik untuk di cuba ok. Selamat menjamu selera......