Hotel,

TEMPTationS Hidangkan 'Rasa Malaysia' di Renaissance Kuala Lumpur Hotel

Selasa, Mac 11, 2014 Mahamahu 0 Comments

TEMPTationS Sediakan 'Rasa Malaysia' di Renaissance Kuala Lumpur Hotel - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sempena dengan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014, Renaissance Kuala Lumpur Hotel juga tidak mahu terlepas untuk meraikan pelancong2 dari luar dan dalam Malaysia. Oleh itu, melalui TEMPTationS cafe yg ada di dalam Renaissance Kuala Lumpur Hotel mereka meraikan melalui hidangan di beri tema 'Rasa Malaysia'.


Rasa Malaysia adalah hidangan gabungan antara citarasa sejati Malaysia yg terdiri daripada pelbagai budaya dan kaum kini di hidangkan di bawah satu bumbung. Melayu, Cina dan India menjadi antara budaya masakan dalam Rasa Malaysia yg di terapkan oleh TEMPTationS cafe. Menggunakan rempah ratus asli Malaysia yg begitu banyak menjadikan ia hidangan eksotik dan menarik bagi hidangan makan malam di TEMPTationS cafe.

Sate Ayam dan Daging

Cucur Udang

Dim Sum

Mahamahu dan beberapa lagi rakan blogger makan di Malaysia di beri peluang oleh pihak Renaissance Kuala Lumpur Hotel bagi menikmati hidangan Rasa Malaysia dengan cara tersendiri. Betapa untungnya kami dpt nikmati makanan Rasa Malaysia yg disediakan oleh barisan chef2 profesional yg juga pakar dalam masakan Malaysia.



Memang banyak hidangan yg ada di TEMPTationS cafe untuk makan malam dengan Rasa Malaysia. Antara makanan yg ada di dalam hidangan makan mlm ini seperti Rendang Daging, Asam Pedas Ikan Tenggiri, Sotong bakar bersambal, Gulai Ikan Kering Tumis Darat, Sweet & fillet Ikan Masam dengan Nanas , daging Lembu panggang dan Sate ayam dan daging dengan kuah kacang, kari kepala ikan, Cucur Udang dan banyak lagi.



Kalau Mahamahu nak senaraikan memang penuh dalam ni hidangan yg ada di sediakan untuk makan malam di TEMPTationS  cafe. Kalau dessert di sediakan juga campuran makanan tradisional dan juga moden. Paling best kat situ ada Durian Crepe dan juga Cendol dan ABC paling special dan betul2 Rasa Malaysia. Memang rasa puas hati dapat makan di TEMPTationS cafe di Renaissance Kuala Lumpur Hotel.



Kalau sapa nak datang untuk nikmati makan malam Rasa Malaysia anda di alu-alukan oleh pihak Renaissance Kuala Lumpur Hotel. Di buka untuk makan malam dari pukul 6.30 petang sehingga 10.00 malam. Harga juga turut berpatutan pada harga RM109.00++ untuk dewasa manakala kanak-kanak berusia antara 6-12 tahun pada separuh harga sahaja. Tawaran hebat untuk nikmati Rasa Malaysia ini hanya pada tempoh terhad bermula 03 March sehingga 31 March 2014 sahaja.


Jom kita raikan Tahun Melawat Malaysia dengan hidangan Rasa Malaysia kepada pelancong luar agar ia menjadi kenangan paling bermakna buat mereka yg dtg melancong di Malaysia. Bagi tempahan boleh berhubung dengan pihak pengurusan TEMPTationS Renaissance Kuala Lumpur Hotel seperti maklumat di bawah.

Tel :- 03 2162 2233
Email :- rhi.kulrn.fb@renaissancehotels.com 
Alamat :- Corner of Jalan Sultan Ismail and Jalan Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Malaysia