Naskah Kecil Penuh Ilmu Itulah Buku Denaihati

Naskah Kecil Penuh Ilmu Itulah Buku Denaihati - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Anda pernah baca buku naskah Denaihati, kalau anda antara blogger yg hadir dalam program Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2014 minggu lepas berpeluang menerima senaskah buku Denaihati. Walaupun naskah kecil tapi buku ini cukup penuh dengan ilmu berguna kepada blogger, untuk anda yg nak baca pasal SBB 2014 Mahamahu ada buat sikit review di sini [Klik sini].


210 muka surat tidak lompong dengan ilmu dan panduan buat semua blogger. Bermula dengan Kata-kata Aluan Founder Denaihati.com. Menurut kata founder Denaihati.com ini minat menulis sejak dari bangku sekolah menjadikan kelebihan buat beliau untuk menulis blog. Berminat dengan travel menjadikan beliau memiliki blog denai.my. Telah lebih 5 tahun menulis blog  membuatkan Denaihati.com begitu tinggi rangking pilihan pembaca di Malaysia.


Tu serba sedikit berkaitan penulisan pemilik blog Denaihati.com didalam buku tersebut. Berbekalkan dengan moto "Hidupkan Untuk Mmeberi" menjadi tema utama buku ini pada pemulaannya. Menggalakan blogger untuk bersedekah tak kisah dalam apa sahaja bentul bukan sahaja dalam wang ringgit tapi juga penulisan dan tenaga juga amat berguna. Beliau yg juga suka kepada aktiviti amal dan bersedekah menjadikan beliau seorang yg bukan sahaja dapat beramal untuk rakyat Malaysia tetapi malah ke luar negara. 


Menurut beliau semakin byk kita bersedekah dan berkongsi dengan rakan atau sapa sahaja makin kita akan bertambah segala rezeki. Itulah menjadi panduan buat Mahamahu yg nak belajar menjadi seperti pemilik blog Denaihati.com ini. Dari muka surat 15 hingga muka surat 30 buku Denaihati ini menceritakan tentang antara sumbangan yg pernah beliau sertai dan berikan kepada rakyat Malaysia dan juga masyarakat luar negara.


Kini kita ke muka surat 33 hingga 70 dalam naskah ilmiah Denaihati yg Mahamahu terima semasa SBB 2014. Dalam ruang ini adalah paling penting dan paling Mahamahu jadikan sebagai rujukan dalam mencapai usaha menjadi blogger hebat seperti Denaihati.com. Ruangan Blogging inilah di mana byk tips dan petua yg diguna oleh beliau untuk mencapai kejayaan seperti sekarang. Masih mengamalkan konsep Hidupkan Untuk Memberi dalam ruang ini beliau berkongsi tips dan petua berguna kepada blogger baru seperti Mahamahu.


Anda boleh gunakan tips seperti cara membina jenama blog terkenal,  Pengurusan laman blog, jadi penulis blog yang bagus dan bermacam-macam lagi. Perkara yang paling menarik perhatian Mahamahu adalah kisah dan ragam blogger sekarang. Bagaimana blogger yg baru membuat domain dan berpindah randah daripada blogspot kepada wordpress. Apa kelebihan hosting dan wordpress kepada dunia blogger di Malaysia. 


Banyak lagi muka surat yg nak Mahamahu citekan pasal buku Denaihati.com ini kat dalam post ini, tapi rasa tak habis 2 3 hari ni hehehe. Apa pun memang byk ilmu boleh di perolehi daripada buku Denaihati ini dan anda tidak boleh lepaskan peluang ini. Tapi Mahamahu suka baca part akhir buku ini menceritakan tentang beberapa kejayaan blog Denaihati.com dalam dunia blog. Byk anugerah yg telah di terima oleh beliau seperti anugerah di MSMW tiga tahun berturut2 2012 - 2014 untuk ketegori yg berbeza. Mahamahu beharap akan dpt mencapai kejayaan seperti Denaihati.com dalam dunia blog ini. Jom baca buku Denaihati sekarang. 






0 comment... add one now