Ayam Goreng,

Cadangan Menu Potluck Yang Sesuai

Selasa, Mac 18, 2014 Mahamahu 0 Comments

Cadangan Menu Potluck Yang Sesuai - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Rakyat Malaysia adalah antara rakyat yang paling kaya dengan kepelbagaian makanan yg enak2. Tak kisah di masa hari keraian atau pun pada masa makan biasa di rumah. Kalau yg jenis bersocial secara live mereka lebih gemar untuk bertemu dan berbincang bersama2 sambil mengeratkan silatulrahim.

Sebab itu majlis potluck cukup popular di kalangan kita. Masing2 membawa makan masing untuk di kongsikan dengan rakan2 cyber atau juga rakan2 sepejabat.  Makan potluck lebih santai dan lebih banyak makanan kerana masing2 membawa makanan sendiri. Tapi kadan2 kita agak konfuse untuk mencari menu makan yg sesuai untuk majlis potluck ni. Mahamahu sendiri pun kadang2 tak tahu nak bawa makanan apa dalam majlis potluck. 

So kat sini ada sedikit info yg boleh Mahamahu kongsi kepada kawn2 untuk memilih menu makanan yg simple mudah dan mengandungi belbagai protin dalam jamuan potluck. Ini cuma pendapat Mahamahu dan pengalaman beberapa kali menyertai majlis potluck. Paling senang kita dah tetapkan kepada rakan2 potluck apa menu yg masing2 perlu bawa. Ini untuk mengelakan daripada makan yang di bawa adalah sama atau mengandungi protin yg sama tidak pelbagai.


Menu paling popular ketika majlis potluck adalah Meehun goreng atau Mee goreng atau Kueh Tew goreng, kadang2 pulut kuning bersama kuah kari dan spaghetti menjadi menu pilihan semasa potluck. Tapi pastikan pilih satu sahaja menu daripada kumpulan ini kerena ia adalah menu yg agak berat. Menu2 ni senang untuk di sediakan dan cepat tak adalah makan masa yg lama, bahan2 juga mudah untuk di dapati di kawasan berdekatan. Boleh masak dalam kuantiti yg banyak atau sederhana mengikut berapa jumlah tetamu pada majlis potluck anda.

Setelah ada menu berat kalau boleh kawn2 lain bawa menu yg mengimbangi menu tadi seperti sandwich atau salad sayur-sayuran. Salad ni mcm2 campuran sayur yg boleh di buat agar ia tidak menjadi menu yg paling kurang mendapat sambutan. Penting sekali salad mesti gunakan sayur segar dan pelbagai warna agar lebih menarik. Kalau nak lebih dapat perhatian dalam salad campurkan sedikit keju, atau ketulan ayam, paling cepat goreng nugget ayam dan potong kecil2 masukkan dalam salad pasti ia lebih menarik dan sedap.

Selepas tu menu tambahan lain pun boleh mengimbangi keperluan dalam majis potluck ni. Kalau kita rakyat Malaysia mesti popular dengan manisan tradisional seperti kuih muih atau pun bubur. Menu ni sesuai juga untuk di bawa ketika majlis potluck. Antara menu manisan yg paling popular adalah sepeti Bubur Jagung, Bubur Kacang Hijau, Kuih tradisional, Roti Goreng bersama hotdog dan mcm2 lagi. Di antara Kek dan Cupcake pilih satu sahaja untuk majlis potluck anda kerana ia akan mengurangkan pengambilan manisan. Semua ni akan membuatkan menu potluck lebih banyak dan pelbagai variasi protin. 

Last paling penting mesti kena ada buah-buahan, ini adalah untuk memastikan kita dapat vitamin dalam masa sama. So kalau buah-buahan yg segar adalah paling bagus dan paling sesuai adalah buah-buahan dari golongan limau kerana ia adalah asid yg akan menuteralkan segala makanan yg di ambil tadi. Tapi jgn limau yang terlalu tinggi asid sehingga kemasaman yg berlebihan nanti sakit perut pulak. Kalau buah-buahan manis lain pun boleh kalau tak pun buat buah-buahan dalam bentuk puding atau cocktail lebih sedap dan lebih menarik. Elakan guna buah dalam tin kerana ia kurang segar dan mengandungi bahan yg kurang sihat. 

Harap sedikit sebanyak tip ni dpat membantu anda dalam menyediakan menu potluck yg pelbagai dan menarik tidaklah bosan. Paling penting keseimbangan protin dan vitamin menjadi keutamaan agar kita sentiasa mengamalkan makanan sihat dan seimbang. Lepas ni sapa2 nak buat potluck jemput lah Mahamahu yer, boleh makan byk sikit wakakkaka.. Selamat menjamu selera...