Article,

Hangat Isu Jamie Oliver's Dan Franchise Makanan Segera

Rabu, Mac 19, 2014 Mahamahu 0 Comments

Hangat Isu Jamie Oliver's Dan Franchise Makanan Segera - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Dalam minggu ini hangat di perkatakan di dalam laman social isu tentang kemenangan Chef Celebrity Jamie Oliver kepada satu franchise makanan segera. Mahamahu sendiri pun dpt whatapps dan juga facebook status tentang isu ini. So untuk mencari fakta maka Mahamahu search dengan google and nak tahu cerita sebenar.

Isu ini berlaku tahun 2013 baru lagi di mana Jamie Oliver dalam satu rancangan masakan beliau telah membuat demonstrasi dimana membuktikan bahawa daging yg di proses menggunakan satu bahan yg bahaya dalam menyediakan daging burger. Dalam program tersebut Jamie Oliver menunjukan bahawa mereka menggunakan sejenis asid untuk membersihkan daging daripada lemak sebelum ia di masukan dalam mesin pemprosesan daging menjadi daging burger. Asid tersebut di panggil Ammonium Hidroksida yg bahaya jika di makan.


Kalau nak tahu boleh search kat google apa itu Ammonium Hidroksida. Mahamahu jumpa dalam Wikipedia menerangkan kegunaan Ammonium Hidroksida adalah untuk membersih, memutih dan membuang bau busuk sesuatu barang. Kalau kegunaan di rumah asid ini digunakan untuk membersih peralatan perak dan mengilatkannya. Bayangkan kalau ia masuk dalam mulut dan masuk ke dalam perut tak ker 'bersih' seluruh isi perut kita ini...


Jamie Oliver telah berkali-kali menasihatkan pengguna dan juga penggemar makanan segera tentang isu ini dan kini beliau telah terbukti benar dengan kesnya telah menang di mahkamah. Isu ini adalah melibatkan francis makanan segera ini di America Latin, Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Bagi beliau ia adalah makanan yg tidak sihat dan makanan yg kurang kualiti untuk pengguna.

Namun tidak dinyatakan tentang negara kita Malaysia adakah perkara yg sama di guna pakai untuk membersih daging daripada lemaknya. Adakah isu ini perlu di bangkitkan di negara kita kerana francis yang di nyatakan sendiri memiliki sijil Halal dan kesihatan daripada pihak berwajib. Tepuk dada tanya selera, kalau anda nak tahu lebih lanjut boleh search di goole Jamie Oliver dan Mc******. Teka sendiri nama francis ni ok cukup besar dan popular di Malaysia.