Cafe,

Shopping Dan Beristirehat di Pacific Coffee Cawangan Baru Sunway Piramid

Rabu, Februari 19, 2014 Mahamahu 0 Comments

Shopping dan Beristirehat di Pacific Coffee Cawangan Baru Sunway Piramid – Salam sejahtera kepada semua pembaca dan rakan2 blog makan Mahamahu ni. Mahamahu nak perkenalkan satu lagi tempat yang baru untuk menyegarkan diri dan melepak sambil membeli-belah. Kalau alang2 dah ada di Sunway Piramid Shopping Complek anda boleh beristirehat di sebuah cafe baru yg telah di buka di dana. Pacific Coffee sekali lagi telah membuka satu lagi kedai yang terletak di Lower Ground Tingkat Dua pusat membeli-belah Sunway Piramid.

 


Dengan kopi aromatik keistimewaan yg ada di Pacific Coffee, kawan2 yg datang shopping atau berjalan2 dengan keluarga atau insan tersayang boleh berehat dan mengamati idea reka bentuk dalaman baru yang menggabungkan kreativiti & gaya hidup yang seronok di Pacific Coffee


Kaca dan kayu adalah elemen utama untuk reka bentuk dalaman Pacific Coffee di sini, ia adalah adaptasi campuran kesegaran dan keanggunan atmosfera, sekali gus membolehkan pelanggan yang datang menikmati kopi dalam suasana santai yang hanya terdapat di Pacific Coffee. Melalui jenama Pacific Coffee dalam berkhidmat kopi gourmet berkualiti, Pacific Coffee akan membawa satu pengalaman gaya hidup baru untuk pencinta kopi yang suka beristirehat di Sunway Pyramid



Berikut adalah satu lagi sebab untuk anda merebut secawan kopi sempurna di sini, Pacific Coffee mempunyai Set Combo makan harian dari harga RM 9.90 dan PERCUMA bancuhan kopi / teh isi semula sehingga jam 12 tengah hari. Untuk lokasi yang tepat, sila rujuk maps yg di sediakan di atas. Ia hanya bertentangan dengan The Chicken Rice Shop & Shogun atau dapatkan maklumat lebih detail boleh layarai laman facebook mereka di https://www.facebook.com/pccsunwaypyramid.

Berikut adalah maklumat lanjut berkaitan Pacific Coffee Sunway Piramid:-
Alamat: LG2.95, Sunway Pyramid Shopping Mall (di dalam kawasan Marrakesh)
Telefon No: 03-56113170
Waktu Operasi: 10 pagi hingga 10 malam