Open Rice,

RM800 Untuk Foto Makan Sahaja WOW

Sabtu, Februari 15, 2014 Mahamahu 0 Comments

Foto Makan Di Kehendaki RM800 - Salam sejahtera pembaca blog dan juga rakan2 blogger sekalian. Mahamahu nak share satu tawaran hebat daripada Open Rice Malaysia. Tapi sebelum tu nak cite sikit apa itu Open Rice. Open Rice adalah satu platform yg di sediakan untuk peminat makanan di Malaysia. Bermula pada tahun 1999 di Hong Kong Open Rice telah mengembangkan kemajuan teknologi applikasi makanan secara online ke beberapa buah negara Asia termasuk Malaysia.


Kini Open Rice Malaysia telah lebih daripada 60,000 data restoran di Malaysia termasuklah masakan dan lokasi kedai makan. Platform online ini di sediakan untuk peminat makanan di Malaysia berkongsi pengalaman dan juga pendapat masing2 dalam saru directori yg mudah untuk di cari dan di jadikan rujukan. 


Itu sedikit berkaitan dengan apa tujuan Open Rice di wujudkan, tapi kini Mahamahu nak share sikit pasal tawaran kepada kawan2 yg di sediakan oleh Open Rice. Kalau anda suka mengambil gambar makanan kat kedai makan atau mempunyai byk koleksi makanan di restoran2 apa kata buat sikit pendapatan daripada gambar2 tersebut. Walaupun tak banyak tapi ia mendatangkan duit juga kan sekurang2nya. Open Rice dalam bulan Februari ini telah membuka peluang untuk mereka yg mahu menjual gambar makanan kepada mereka.


Kalau tgk tawaran memang mcm banyak tapi ia adalah beberapa syarat yg di tetapkan bukan senang2 nak jual gambar makanan. Mahamahu pernah email dan tanya tentang tawaran ini rupanya dia org kira setiap foto akan dikenakan RM0.80 . Jika anda dapat mencapai 2500 gambar dalam tempoh sebulan anda akan di bayar insentif sebanyak RM500. 


Gambar2 yg yg di terima pula adalah 4 keping gambar hidangan utama setiap restoran. Bagi gambar yg kabur atau gambar yg di cetak rompak daripada internet tidak akan di terima. Keje ni adalah kontrak selama sebulan dengan Open Rice tapi bukanlah full time cuma boleh buat partime. Tapi kalau nak kejar 2500 keping gambar sebulan bayangkanla berapa banyak restoran yg perlu kita pergi.


Tapi ini tawaran untuk anda yg mencari sikit pendapatan lebih dengan hanya menjual gambar2 makanan. Kena ingat 4 keping gambar makanan hidangan restoran sahaja akan di bayar dan 1 keping gambar depan restoran perlu sebagai bukti tetapi tidak akan di bayar untuk gambar tu. Faham tak kalau tak faham mudah jer email mereka sekarang juga untuk dapat detail supaya anda tida terkeliru dengan tawaran ini ok. Cepat selagi masih tawaran di buka, selamat bergambar......