Dapur,

Masak Lauk Resepi Ayam Masak Merah Mudah dan Cepat

Isnin, Februari 24, 2014 Mahamahu 0 Comments

Masak Lauk Resepi Ayam Masak Merah Mudah dan Cepat - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga kepada semua kawan2 blogger sekalian. Mahamahu kalau hari cuti Sabtu Ahad kalau tak ada event akan ada aktiviti memasak. So minggu ni nak masak Ayam Masak Merah untuk makan tghari dan makan mlm sekaligus senang maklumlah duduk bujang.
pic from Says.com
Pertama mestilah sediakan bahan2 untuk memasak, so pergi pasar untuk beli ayam mentah. Lain2 bahan seperti bawang, lada kecil, halia, dan juga bawang putih semua ada kat rumah. Kulit kayu manis and bunga cengkih dan juga bunga lawang semua perlu nak pastikan rasa asli rempah ratus tempatan dalam masakan. Kalau tak masuk tak umphhh lah Ayam Masak Merah anda.


Bersihkan ayam and juga sediakan bahan mentah lain yg di tumbuk dengan lesung batu, baru rasa kampung sikit kan. Bila semua bahan mentah dah sedia apa lagi jom masak lah. Mahamahu ajar cara mudah jer ni and cara yg tiada proper bahan2 dengan kuantiti yg tetap sebab ikut suka hati nak jadi sedap. Cara mudah sgt2.. Pakai campak2 jer anda masak jer janji sedap hehehe..


First sekali kena goreng ayam tu dulu, goreng dengan kunyit sahaja tak perlu garam sehignga separuh masak. Lepas tu baru tumis kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih bersama dengan bahan2 yg di tumbuk tadi. Tumis sehingga bau wangi and lepas tu masuk kan cili boh dan juga sos cili dan sos tomato serta sedikit kicap manis. Masuk sahaja and masak sehingga cili tadi masak dan pecah minyak. Lepas tu baru masuk ayam yg telah di goreng tadi dan masak sehingga sekata dan masukan garam dan perasa.


Dah agak2 nak pekat and masak baru masuk sedikit bawang besar yg di potong bulat untuk bagi lebih manis rasa Ayam Masak Merah tu. Mahamahu suka buat cara cepat dan cara mudah dah siap tu boleh angkat. Sesuai di makan bersama dengan nasi putih dan juga ikan masin baru mengancam best gila. Sekali sekala makan yg sederhana ni fell lebih juga yer.. So jgn lupa cuba ok selamat memasak....







0 Pandangan: