HGWMY,

Hearts Day Menu Khas Di Holy Smoke Cafe Sahaja

Sabtu, Februari 08, 2014 Mahamahu 0 Comments

Hearts Day Menu Khas Di Holy Smoke Cafe Sahaja - Salam sejahtera kepada semua pembaca dan juga rakan2 yg sentiasa support blog makan Mahamahu ini sehingga ke hari ini. Tak sangkakan rupanya kita dah masuk bulan Februari tahun 2014, cepat sgt masa berlalu. Tapi bila dah masuk bulan Feb ini ramai nak buat persiapan hari kasih sayang. Termasuk juga sebuah cafe yg Mahamahu di jemput untuk review menu special sempena dengan hari kasih sayang. 

Holy Smoke Cafe

Special tau tempat ni first Mahamahu sampai tak sangka kat Malaysia ni ada cafe yg bertema ala2 barat ini. Ni lah di Holy Smoke Cafe yg terletak di Seksyen 13 Shah Alam. Kalau kawan2 yg suka pergi Stadium Shah Alam senang sgt nak cari cafe ini kerana ia betul2 depan pintu masuk stadium Shah Alam. Mahamahu cari pun tak susah guna waze dan google maps ada jumpa. 

 
Mahamahu nak perkenalkan menu kasih sayang yg mereka promosikan sempena dengan hari kasih sayang bulan Feb ni. Harga RM150++ adalah bersesuaian untuk pasangan yg mahu meraikan ulang tahun atau pun tanda kasih sayang kepada pasangan masing2 cukup berbaloi. Hidangan lengkap yg di sediakan untuk anda bermula daripada Entree, Appetizer, Main Course dan juga Dessert. Makin erat kasih sayang terutama kepada pasangan suami isteri yg baru berkahwin dan masih mood bulan madu sesuai pergi nikmati hidangan ini.

Sirap Bandung Muar

First kami di hidangkan dengan appetizer dua jenis yg boleh di pilih iaitu Scallops with Tomato Salsa and Balsamic Reduction dan juga Smoke Trout Raviolli with Dill Butter Sauce. Susah juga nak sebut nama hidangan ni tapi bila rasa cukup segala rempah ratus dan juga kenakan yg ada. Simple and ringan untuk di jadi kan pembuka selera kepada pasangan yg mencubanya.

Smoke Trout Raviolli with Dill Butter Sauce

Scallops with Tomato Salsa and Balsamic Reduction

Selepas itu lak kami di hidangkan dengan main course iaitu yg terdiri daripada hidangan barat yg enak terasa seperti di America. Dua hidangan utama adalah Herd Crusted Rack of Lamb with Roasted Potatoes and Vegetables. Makan ni semua ada protien dan juga sayur sesuai untuk mereka yg diet tapi nak makan. Daging kambing yg di salut dengan herd istimewa di masak setengah mask untuk memastikan kenakan dan rasa daging kambing itu masih segar. Hidangan kedua Crispy Skin Salmon with Beurre Blanc, Mash Potato and Asparagus, ni lagi sedap sebab Salmon di masak elok dengan potato sedap sgt. 

Herd Crusted Rack of Lamb with Roasted Potatoes and Vegetables

Crispy Skin Salmon with Beurre Blanc, Mash Potato and Asparagus

Kalau Dessert kat dalam menu ni mcm2 ada antaranya Chocolate Platter iaitu Choclat Banana Hazelnut Mouse With red Berries Sauce and fruit caviar dan satu lagi Chocolate Brownies with Ice Cream. Tapi ni semua tak ada pic tapi ada dalam menu khas untuk hari kasih sayang. Tapi Mahamahu di hidangkan dengan top dessert yg ada di sana iaitu Banana Fritters Ala Mode seperti dalam pic kat bawah ni.

Banana Fritters Ala Mode

Tu untuk menu khas sahaja pada limitation time kalau nak kena tempah and booking tempat cepat2 dpt makan pada harga istimewa dan meraikan insan tersayang. Tapi kat bawah ni Mahamahu dpt test top dish yg selalu di pilih oleh pelanggan Holy Smoke Cafe ini. Kata tuan cafe ini kalau start mlm lepas pukul 8 ramai org dtg makan kerana makanan yg sedap dan harga yg berpatutan. Mahamahu di beri test 3 hidangan istimewa dari Holy Smoke Cafe.

Mee Bandung Muar

Castro's Lasagna

Holy Smoke Burger

Semua makanan ni top sale kat Holy Smoke Cafe ini so memang Mahamahu dah cuba semua best tapi paling best adalah Mee Bandung Muar terasa original daripada Muar. Kata antara pelanggan kat sini Mee Bandung Muar lebih sedap daripad yg ada kat Muar sendiri mcm mana tu. Kalau kawn2 nak tahu kenalah cuba sendiri. 


Kalau nak sentuh pasal decoration yg mcm Mahamahu sebut awl2 tadi kat sini semua adalah idea dan ilham tuan empunya cafe ini. Beliau seorang yang kaki motor berkuasa tinggi jadi telah mengilhamkan cafe ini untuk memenuhi minat beliau dan juga menjadi pusat perkumpulan semua peminat dan juga pengguna motor2 berkuasa tinggi ini. Kadang2 mereka akan berkumpul di Holy Smoke Cafe untuk mengeratkan hubungan antara ahli kumpulan. 


Tapi jgn risau kepada mereka yg tiada motor2 besar pun boleh dtg sini nikmati hidangan istimewa yg ada di Holy Smoke Cafe. Konsep kekeluargaan kuat di terapkan oleh pemilik cafe ini kerana sebab itu ia ada semua jenis hidangan dari semua peringkat dan golongan. So tempat ni memang chill and cool terbaik. Mahamahu pun rasa nak dtg lagi kat sini untuk nikmati byk lagi makan2 yg ada kat Holy Smoke Cafe Shah Alam. 


Sesi ini telah dianjurkan oleh HungryGoWhere Malaysia, us! *Waves*

Sebarang tempahan hubungi
Tel : 03-5511 8018 or 012-354 9656
Facebook : Holy Smoke Cafe






0 Pandangan: