Fine Dinning French Flavours With Gunther Hubrechsen

Fine Dinning French Flavours With Gunther Hubrechsen - Salam sejahtera semua pembaca dan rakan2 blogger atau sapa2 yg mengikuti blog makan Mahamahu ni. Tiba2 lak tajuk entry kali ni berbunyi org putih sikit hehehe. Maklumlah first time dpt makan makanan yg di masak sendiri chef dari Perancis hehehe. First terima kasih kepada Astro Circle and AFC kerana memilih Mahamahu bersama pemenang lain untuk makan mlm bersama seorang chef tersohor di dunia.

 

Chef Gunther Hubrechsen adalah chef undangan oleh AFC untuk program bersama peminat di Malaysia. Chef ini adalah antara chef yg cukup terkenal di Singapura dan mempunyai sebuah restoran yang diberi nama Gunther Restaurant di kota singa itu. Sedikit cerita berkaitan chef ini ialah beliau pernah memenangi banyak anugerah di peringkat antarabangsa antaranya 100 restoran terbaik dunia dan Top 20 restoran terbaik Asia. Wow memang cukup popular lah restoran chef ni.


Mlm tu Mahamahu bertuah kerana menjadi tetamu VIP mereka bertempat di Samplings On The Fourteen Restaurant Berjaya Time Square Kuala Lumpur. Chef ini memperkenalkan dish yang menjadi simbolik kepada restoran beliau dan juga menu pilihan ramai pengunjung yg dtg ker restoran beliau di Singapura. Buat pertama kali Mahamahu dpt makan sendiri makanan Perancis ni tapi not bad sebenarnya. Kami mlm tu di hidangkan dengan 5 hidangan utama termasuk pembuka selera, main course dan dessert.



So first kami dihidangkan dengan appetizers 3 jenis pembuka selera yg cukup unik dan memang lain daripada yg lain pernah Mahamahu rasa. Pertama Cold Angel Hair Pasta iaitu makanan pasta memang pelik tapi sedap. Lepas tu kami di hidang dengan Crispy Egg With Pumpkin Coulis iaitu telur rebus yg di goreng rangup di luar dan bersama dengan sos labu di bawahnya, yg ni Mahamahu kurang sikit sebab ada bau yg kuat.

Cold Angel Hair Pasta

Crispy Egg With Pumpkin Coulis
Pembuka selera last adalah Lobster Fresh With Tomato Sauce ni paling best dpt makan Lobster siap ada demo masakan daripad chef sendiri depat tetamu hehehe best.
Lobster Fresh With Tomato Sauce

Untuk makanan utama pula kami di hidangkan dengan Grilled Wagyu Beef, ini adalah daging yg di masak separuh dengan sos yg cukup unik dan memang sedap sangat rasanya. Layan juga Mahamahu makan sampai habis hehehe. Terakhir kami di hidangkan dengan pencuci mulut iaitu Fine Apple Tart "A la Dragees" ini adalah tat apple yg sedap bersama dengan Vanila Ice Cream. Kalau nak makan kena makan sekali baru terasa sedap manis2 pahit sikit best.
Grilled Wagyu Beef

Fine Apple Tart "A la Dragees"

So ni pengalaman pertama makan masakan yg di sediakan oleh chef international dan makan memang cukup sedap dan lazat. Harap lepas ni dapat lah flight untuk ke Perancis pula nikmati makanan kat sana dan rasai suasana di sana. Nanti Mahamahu buat pula travel makan2 seluruh dunia ok gak tu cara hehehehe. Selamat menjamu selera pada semua rakan dan pembaca....