Nasi Lemak Hijau di Savaro By Felda Unik

Salam pembaca sekalian, mana nak dptkan Nasi Lemak Hijau? Mahamahu ada satu tempat yg terjumpa Nasi Lemak Hijau memang unik. Hijau bukan kerana letak wasabi salam tu yer hehehe tetapi ia adalah perisa pandan dalam nasi lemak. Unikkan hebatkan? Itulah yg ada di Savaro By Felda satu2 restoran anak syarikat penuh Felda.



Alamat penuh A3-G2-09 Publika Solaris Dutamas Kuala Lumpur. Kalau cari guna waze atau google maps seacrh jer Publika and park kat dalam tu and cari Block A3 tingkat G2 berdepan dengan Baskin Robin. Mudah jer sebenar nak cari Restoran Savaro ni kalau tgk dekoration kat dalam restoran tu unik seperti sebuah taman bunga. 



Tempat yg tenang dan damai untuk nikmati makan tghari yg sedap2. Restoran Savaro mengetengahkan menu Melayu tradisional yang di fusionkan untuk di kembangkan peringkat antrabangsa. Setakat ini ada 5 cawangan Savaro ini di seluruh Malaysia iaitu Penang, Johor, Shah Alam, Bangi dan KL di Publika adalah cawangan pertama di buka.

Nasi Lemak Pandan dan Ayam Pandan

Nasi Briyani dan Kambing

Menu paling best kat sini adalah Nasi Lemak Hijau bersama Ayam Pandan. Nasi lemak hijau atau nama betulnya Nasi Lemak Pandan yg cukup popular di kalangan rakyat Malaysia di fusionkan untuk tampak lebih unik dan menarik. Warna hijau yg terdapat pada nasi lemak itu adalah hasil daripada warna daun pandan. Hidangan kedua yg special kat sini iaitu Nasi Beryani bersama Daging Kambing. Ini pun special kat sini dan mendapat sambutan, Mahamahu pun cuba memang sedap dan menarik sekali.

Tomato Bruschetta

Roti Jala bersama Kari Ayam
 
Starter yg di hidang kepada kami adalah menu baru yg bakal di sediakan di Savaro untuk tetamu dtg. Tomato Bruschetta cukup simple and nice untuk menjadi pembuka selera kepada kami. Selain itu juga ada Roti Jala dengan Kari Ayam yg sinonim dengan masakan melayu menjadi menu yg memang menyelerakan untuk memulakan makanan.

Char Prawn Mango Salad

Taragon Chicken Sandwich

Carbiatta Melt

Kalau tetamu nak makanan sihat juga ada di sediakan pada mereka yg diet atau menjaga pemakanan. Terdapat Char Prawn Mango Salad, Taragon Chicken Sandwich dan juga makanan roti Carbiatta Melt yg bagus untuk di cuba sihat dan ringkas. Kalau minuman sihat pun ada kat sana, dengan minuman yogurt bersama buah seperti Strawberry Yogurt, Mango yogurt and Kiwi Yogurt. Pelbagai menu sup juga yg sihat untuk di nikmati di Restoran Savaro seperti Broccoli Soup dan juga Potato Soup.

Strawberry Yogurt, Mango yogurt and Kiwi Yogurt
Broccoli Soup

Mushroom Soup

Selain dari nasi lemak dan nasi beryani tadi kami juga di hidangkan dengan menu utama yg terbaik ada di Restoran Savaro. Nasi Goreng Selasih dan juga Savaro Noodle adalah menu yg berat untuk di nikmati dan merasai masakan melayu tradisional. Savaro Noodle menurut pemilik restoran ia adalah gabungan antara mee bandung dan juga mee udang makan jadilah Savaro Noodle. Ia menggabungkan rasa pedas., manis dan masin dari rasa udang keringnya. 

Savaro Noodle

Nasi Goreng Selasih

Bagi mengakhiri makan-makan kami pada hari tu kami di hidangkan dengan pencuci mulut tradisional Melayu yg masih mengekalkan keasliannya. Ada tida menu hidangan pencuci mulut yg cukup popular di sini. Lompat Tikam, Sago Gula Melaka dan juga Pengat Pisang adalah menu pencuci paling wajib anda cuba bila dtg ker Restoran Savaro ni. Mahamahu rasa sekali memang betul sedap dan original seperti masakan kg rasa mcm nak bungkus jer.

Lompat Tikam, Sago Gula Melaka dan Pengat Pisang

So kalau kawan2 nak cuba kelainan dan juga keaslian masakan Melayu Malaysia seperti hidangan antarabangsa boleh dtg ker Restoran Savaro bertempat di Publika. Menu western pun ada kat sana kalau nak rasa masakan antarabangsa. Mahamahu rasa nak dtg lagi kat sini memang special sgt tempatnya dan juga enviroment yg di sediakan cukup selesa. Jom kita makan......