Local Food,

Mencari Seafood Di Tengah Malam Di Kuala Lumpur

Isnin, Disember 02, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua para pembaca dan rakan2 blog Mah@mahu. Sekali sekala chill out ngan kawan2 mlm minggu memang syok. Tambah syok lagi kalau kuar chill tu pula kat sebuah restoran yg sedap dan menyelerakan. Lokasi ni di cadangkan oleh kawn Mah@mahu untuk pergi chill out mlm minggu di area Kg Baru Kuala Lumpur. Sapa kat kat sana tak ada seafood memang byk cuma nak cari yg best dan terbaik memang agak rumit.


So Mah@mahu di rekmenkan ke Restoran Lala Seafood Kg Baru, senang jer nak cari restoran ni memang betul2 dekat tepi jalan kalau ikut Jalan Raja Abdullah tu dekat depan masjid Kg Baru tu ada Restoran Lala Seafood. Boleh tgk ada pintu gerbang besar ni mcm kat atas tu so parking boleh park kat tepi jalan sebab area tu memang susah nak cari parking.






Dah nama pun restoran seafood memang kat situ kena cuba masakan seafood yang di sediakan. Kalau tgk sendiri menu yg ada kat dalam list tu memang semua masakan seafood yg sedap2. Boleh kita pilih kita nak masak apa jenis sekali pun. Semua seafood kat situ memang segar2 belaka.





 


Mlm tu Mah@mahu dan kawan2 telah memilih masakan yg selalu di order bila kita dtg makan seafood. First sekali kami pilih Ikan Kerapu Masak Stim, Sotong Goreng Tepung, Kerabu Mangga, Kangkung Goreng Belacan dan juga untuk kuah kita org pilih lah Tomyam Seafood. Selain daripada seafood kat situ ada juga makanan darat seperti ayam dan juga burung puyuh, Mah@mahu dan rakan telah oder Burung Puyuh Goreng Kunyit. Semua ni memang cukup untuk memenuhkan perut bila makan malam hehehe.


Harga pun menarik dan padan dengan hidangan yang di serve kepada anda, Mah@mahu mlm tu makan sampai penuh perut kenyang. Konsep kat restoran tu ada yg di bawah bumbung dengan reka bentuk rumah tradisional dan ada juga untuk yg suka open air ada ruang terbuka untuk nikmati udara malam. Mah@mahu pilih untuk makan luar dengan hirup udara mlm sambil di terangi cahaya bulan. Last selepas habis makan semua seafood tadi ada pula desert yg special kat area Kg Baru ni iaitu Pulut Mangga memang terbaik.



Ramai org dah tahu tempat ni kalau mlm minggu memang tempat ni selalu penuh dengan peminat seafood untuk makan malam bersama keluarga atau rakan2. Chill sampai lewat mlm pun ok kat situ sebab restoran ni beroperasi daripada pukul 4 ptg hingga 3 pagi. memang best lah.