Gaya Lelaki Metrosexsual - Set Penjagaan Lelaki Pilihan 2013

Salam semua jejaka atau lelaki metrosexsual di luar sana, kali ni Mahamahu nak kumpulkan set penjagaan lelaki pilihan Mahamahu sepenjang tahun 2013. Bagi seorang lelaki seperti Mahamahu ni penjagaan kecantikan tidak serumit perempuan. Namun ia tidak boleh di pandang enteng kerana kurang penjagaan yg rapi ia juga mengakibatkan kesan yg ketara. Bagi lelaki yg tampil segak dan bergaya ia adalah sebahagian daripada rutin untuk menjaga penampilan raut wajah. Di sini adalah beberapa jenama yg pernah Mahamahu guna pakai untuk menjaga wajah agar sentiasa segar dan bersih. 

Top 1 - UB Uber-men 


Set keluaran UB ini cukup lengkap daripada set pencuci muka untuk wajah yg berminyak atau wajah kering. Set pewangi ketiak yg datang dalam bentuk rowling dan juga semburan dengan 3 pewangi yang berbeza iaitu Noulge, Attrax dan Pozess. Begitu juga pewangi badan yg turut di hasilkan untuk lelaki yg berbeza setiap satu dimana lelaki yang lasak, tampil tampan dan casual, serta lelaki yg santai. Dalam set Uber-men ini lengkap dan sesuai untuk di miliki oleh lelaki yg bagitu senang dan ringkas tapi tetap macho.

Top 2 - Vaseline for men

Product baru yang telah tembusi pasaran Malaysia ini pada mulanya tampil dengan losyen badan khas untuk wanita. Tetapi kini telah mengeluarkan product khas penjagaan muka untuk lelaki. Tampil dengan 3 jenis wajah khas lelaki Malaysia Vaseline lebih compak dengan 2 fungsi utama. Mencuci muka dan boleh di jadikan sabun pencukur muka ia dapat memelihara muka daripada sebarang kerosakan. Menjadi pilihan utama kebanyakan lelaki Mahamahu pun guna product ni untuk menjaga muka senang 2 in 1.

Top 3 - Playboy


Ini adalah satu set yang nampak lebih berani dan sexy untuk lelaki metrosexsual. Ia lebih keras kerana ia dtang dalam bentuk wangian badan dan juga wangian ketiak. Set Playboy dtg bukan sahaja untuk lelaki tetapi wanita juga. Byk pewangi yg ada mengikut kesesuaian suasana yg anda pergi seperti Malibu sederhana lembut dan keras, manakala London dan New York lebih bau wangian mewah untuk lelaki yg berani beraksi.

Top 4 - Nugeno Men Cool


Satu lagi jenama yg di yakini di Malaysia. Mula dulu kita kenal product ini dengan model lelakinya Awal Ashaari. Product kecantikan lelaki mengutamakan kebersihan dan kesegaran. Dalam satu set terdiri daripada pencuci muka dengan 3 jenis kulit, pewangi ketiak atau deodorant spray dan roll on juga ada serta pencuci rambut dan juga badan untuk mandian. Set ini lengkap dan muda untuk di miliki bagi lelaki yg sentiasa cergas dan sihat.

Maka itu antara pilihan penjagaan muka dan kulit lelaki yg Mahamahu pernah guna dan rasai sendiri kehebatan masing2. Tahun akan mendatang akan byk lagi product penjagaan kulit lelaki. Mcm mana anda nak pilih pastikan sesuai dengan jenis kulit anda dan juga sesuai dengan keadaan atau cara kerja anda. Kerana kuli lelaki lebih mudah untuk di jaga cuma perlu kepada kerapian yang kerap. Moga ia membantu lelaki di luar sana untuk tampil segak dan begaya tahun baru ini.