Aktiviti,
Jom TURUN Sambut Tahun Baru Dan Tahun Melawat Malaysia 2014
Jom TURUN Sambut Tahun Baru dan Tahun Melawat Malaysia 2014 - Salam kepada semua pembaca, kita sebagai rakyat Malaysia tahun ni bukan sahaja menyambut tahun baru tetapi kita juga akan menyambut tahun melawat Malaysia 2014. Bangga tak kita sebagai rakyat Malaysia kerana negara kita bakal di banjiri dengan jutaan pelancong dari luar negara, makan kita sambut dengan ceria dan kemeriahan.
So kat sini ada beberapa lokasi menyambut tahun baru dan tahun melawat Malaysia 2014. Mahamahu pun tak ada plan nak pergi mana satu tempat ni. Tapi kerajaan telah memudahkan kepada anda yg mahu menyambut tahun baru dengan menyediakan perkhidmatan LRT sehingga jam 2.00pagi. Tapi gembira2 juga kena berpada2 ok jom kita terjah beberapa lokasi pilihan sambutan tahun baru 2014.
1) Langkawi Naturally Magikal
Pulau Langkawi di bakal di banjiri dengan jutaan rakyat Malaysia dan juga para pelancong kerana dengan adanya perayaan tahun melawat Malaysia 2014 selama 18 hari. Acara telah bermula pada 19 Disember 2013 lepas sehingga 5 Jan 2014. Di barisi dengan artis2 yang hebat dari dalam negara seperti Dato M.Nasir, Faizal Tahir dan Anuar Zain termasuk artis dari seberang seperti Dato Rossa dan Ungu. Pasti meriah dan penuh satu pulau Langkawi kalau nak tempah hotel sekarang dah tak ada penuh lah. Jom kita meriahkan pulau Langkawi dengan sambutan Langkawi Naturally Magikal.
2) Sambutan Ambang 2014 Putrajaya
Sambutan setiap tahun mesti tidak lepas daripada anjuran Ambank untuk ambang tahun baru. Kali ni dengan Putrajaya menjadi lokasi pilihan Ambank dengan barisan artis2 yang hebat iaitu seperti Amy Search, Ella, Jamal Abdullah, Datuk Hattan dan ramai lagi. Pasti kali ini menjadi lebih meriah dan hebat di Putrajaya. Kalau rasa tak nak padat sgt boleh dtg ke Putrajaya untuk sambutan tahun baru 2014.
3) Dataran Pahlawan Bandar Hilir Melaka
Sempena dengan tahun melawat Malaysia dan tahun baru 2014 kali ini Melaka juga turut meraikan dengan penuh meriah dah gemilang. Melaka juga adalah antara lokasi hangat pilihan pelancong luar negara maka dengan itu sambutan tahun melawat Malaysia dan tahun baru 2014 di adakan serentak di sana. Byk aktiviti hebat dan juga hadiah cabutan bertuah untuk mereka yg hadir pada acara tersebut jom meriahkah sambutan tahun melawat Malaysia dan tahun baru 2014 Bandar Hilir Melaka.
4) KLCC
Kalau susah nak tgk bunga api kat KLCC juga tahun ini di adakan sambutan tahn baru 2014. Setelah sekian lama KLCC tidak menganjurkan majlis sambutan tahun baru kali ini pasti meriah kerana turut di jayakan oleh barisan artis popular negara dan juga persembahan bunga api terbesar di Kuala Lumpur. Boleh di lihat daripada rumah kot hehehe mesti meriah. Jom ramai meriahkan KLCC kalau sapa tak berkesempatan untuk ke tempat lain jgn biar pendatang yg ramai di sana hehehehe.
5) Dataran Merdeka Kuala Lumpur
Satu lokasi panas untuk sambutan tahun baru 2014 kali ini. Tetap di adakan sambutan tahun baru walaupun ramai org rancang untuk adakan sambutan lain di sana. Jalan2 telah mula di tutup dan juga latihan telah di adakan di sana. Adakah sambutan tahun baru 2014 di dataran merdeka lebih meriah atau lebih teruk daripada yg lain. Anda adalah penentunya so pandai2 anda untuk pilih mana lokasi sambutan tahun baru yg paling selamat dan tiada malapertaka.
Tapi peringatan Mahamahu kepada semua yg nak sambut tahun baru biarlah berpada-pada dan jgn keterlaluan. Cukup sekadar mendengar nyanyian dan tidak perlu kita pula yg baut show kat sana. Paling penting jaga kebersihan selepas menyaksikan sambutan jgn lah kita buat onar atau dataran sambutan sebagai lokasi pembungan sampah. Kita sebagai rakyat yg berakal dan mampu untuk mengubahnya. Selamat tahun baru 2014 dan menyambut tahun melawat Malaysia 2014.