Mahamahu,

Mahamahu Dapat Email Layang

Khamis, November 14, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua rakan2 dan juga pembaca Mah@mahu sekalian moga anda terus sihat dan selamat bersama insan tersayang. Mah@mahu baru jer dalam dunia blog ni lebih kurang 4 tahun. Tak ada niat pun nak sakitkan hati sapa atau nak menghina mana2 pihak. Ini cuma keseronokan dan kegembiraan yg Mah@mahu cuba kongsi bersama pembaca tentang apa yg Mah@mahu buat dan dpt rasakan.

Tapi biasalah dalam dunia blog ni mcm2 yg kita terima cuma Mah@mahu anggap sebagai satu cabaran dan kekuatan buat Mah@mahu untuk terus berblog. Tu lah yg cuba Mah@mahu sampaikan apabila baca satu email layang daripada mungkin salah seorang pembaca blog Mah@mahu. Tapi tak adalah satu yg serius cuma peringatan saja, Mah@mahu tak takut pun dan tak bimbang tentang email tersebut. Bunyi email ni mcm kat bawah ni.


Sebenarnya stetment ni Mah@mahu dah baca sebelum ini, dan ia memang di keluarkan dalam satu akhbar. Tapi Mah@mahu tak ambil kisah sgt tentang stement ini kerana bagi Mah@mahu kalau kita buat apa yg kita suka itu adalah satu terapi diri untuk menjadi lebih tenang dan lebih selesa dalam kehidupan. Maklumlah kita selalu hadapi mcm2 tekanan tak kisahlah tekanan kerja, tekanan keluarga, tekanan social mahupun tekanan cara hidpu yg makin meningkat.

Maka dengan berblog atau memuatnaik gambar2 yg kita suka itu sebagai terapi kepada kita. Jadi tak salahkan kalau buatkan org lain terpengaruh dengan gambar itu adalah secara kebetulan mcm kita kongsi minat2 lain jugakan. So tak ada yg salah atau yg melanggar undang2 untuk memuatnaik gambar makanan. So Mah@mahu tak ambil endah pasal email ini kerana Mah@mahu tak ganggu hidup org lain hehehehe.