Ana Ikan Bakar Petai,

Ana Ikan Bakar Petai Bandar Baru Bangi 'First Class'

Ahad, November 17, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera semua pembaca blog Mah@mahu. Kalau korang ada plan nak pergi makan ikan bakar kali ni Mah@mahu nak bagi satu tempat terbaik dan first class layananya. Kalau sapa pernah pergi dan pernah makan kat sana memang berbaloi-baloi tak menyesal and rasa nak dtg lagi. Mcm ni lah baru layanan restauran first class.... Mana lagi kalau bukan Ana Ikan Bakat Petai bertempat di Bandar Baru Bangi bersebelahan dengan Balai Bomba.






Knp Mah@mahu kata layan first class, mana taknya bila Mah@mahu sampai sahaja kat sana ada akak sorang ni terus dtg kat meja kita org belum duduk lagi nak ambil order. Bila kita org mcm tertanya2 apa makan sedap kat sini terus akak tu tanya "first time dtng sini ker" kami pun angguk lah memang pertama kali dtg. Lepas tu terus akak tu tanpa henti suggest kta kita org semua menu terbaik kat sana.




Paling best siap bagi business kad lagi kat kita org memang first class lah layanan akak tu. Tak sangka akak tu memudahkan pemilihan menu kamu. Pastu bagi the best air yg ada kat sana iaitu air buah Durian Belanda, memang sedap dan fresh daripada buah Durian Belanda. Kalau nak order side dish lain mcm Mah@mahu order Kerabu Mangga terbaik toq...

 


Cara nak order kat sana kena cari meja dan tahu no meja anda, lepas tu baru dia org dtg ambil order untuk makanan goreng2. Kalau ikan bakar atau sotong, udang, ketam dan kepah kena pergi pilih sendiri kat kaunter ikan fresh lagi. Harga seafood semua ikut harga pasaran dan memang besar2 dah sedap2. Kalau kat sana paling popular ikan bakar mesti lah Ikan Bakar Petai dimana di bakar dan di letak potongan petai atasnya.






Selain tu yg sedap lagi kat sana paling paling paling sedap korang tempah Sotong Goreng Tepung memang terbaik dan boleh makan begitu saja jadi keropok. Pastu Mah@mahu order Ketam Masak Bercili memang sedap dan rapuh rasa ketam tu. Kalau kepah tu masak Serai Halia terasa sedapnya. Lepas tu boleh order sayur goreng untuk tambahan atau sup termasuk toyam semua sedap.




Semua sekali Mah@mahu makan mlm tu RM161 memang berbaloi-baloi dan tak rugi rasa nak bawa family dtg makan sana semua sedap. Kawasan luas ada parking dan rasa makanan sedap2 pulak tu ditambah lak dengan layanan first class membuatkan kenangan makan terbaik Mah@mahu kat situ walaupun pertama kali dtg.


Informasi
Hubungi Aiman
019-2177668
Lot 29991, Persiaran Kemajuan,
Seksyen 16, 43650 Bandar Baru Bangi 
Selangor Darul Ehsan







0 Pandangan: