Berita,

Pekerjaan Blogger Sepenuh Masa Perlu Kepada PRS

Khamis, September 19, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua pembaca sekalian dan juga rakan2 blogger. Sekarang ni berblog ini bukan sekadar hobi atau mengisi masa lapang tapi sekrang dah jadi sumber pendapatan tetap bagi mereka. Tabik pada blogger yang boleh cari pendapatan tetap dalam melalui berblog. Ada tu sampai RM10K sebulan memang hebatlah kalah gaji GM hehehe. Tapi itu semua atas usaha dan kerajinan masing2lah kan. Kalau sapa rajin maka hasilnya lebih lumayanlah.

Bagi blogger baru mcm Mah@mahu ni baru nak bertatih nak letak blog setaraf dengan mereka yg otai dalam dunia blogging ni pasti byk petua dan ilmu kena tuntut. Nak dapat RM1 pun jenuh kena post merata2 baru dpt trafik hehehe. Kalau dah kaya dan duit byk pasti tgh fikir mcm mana nak melabur untuk masa depan atau simpanan untuk hari tua, maklumlah blogger ni bukan sentiasa akan diminati. Masa tua nanti perlu pada wang yang banyk kalau kerja kerajaan lain lah ada pencen. Tapi kalau blogger kerja swasta apa ada.


Sebab itu kerajaan memperkenalkan Skim Pesaraan Swasta pada Program ETP ke 6. Skim Pesaraan Swasta atau di kenali sebagai PRS adalah skim pelaburan jangka panjang sukarela direka untuk membantu individu mengumpul simpanan bagi persaraan. PRS bertujuan untuk meningkatkan pilihan yang ada untuk semua rakyat Malaysia, sama ada bekerja atau bekerja sendiri, secara sukarela menambah simpanan persaraan mereka dalam persekitaran yang berstruktur dan dikawal selia.


Rangka kerja kawal selia PRS telah dibangunkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk mempercepatkan pembangunan industri pencen swasta di Malaysia. PRS juga akan menambah kedalaman kepada pasaran modal sebagai sumber pembiayaan jangka panjang bagi aktiviti pasaran modal yang pelbagai dan untuk meningkatkan peranan industri pengurusan pelaburan serta memberikan kesan rangsangan yang lebih luas dalam menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan ekonomi Malaysi.

Bukan Mah@mahu ni nak hasut untuk semua blogger yg dah berjaya membuat pendapatn melalui blog untuk pilih PRS. Kalau rasa sesuai untuk anda juga dan masa depankan. Pada sapa2 yg kerja swasta lain pun perlu kepada PRS ini untuk menjamin masa depan keluarga anda. Maklumat lanjut layari laman sesawang PRS sekarang dan dapatkan segala info yg di kehendaki. Tak rugi melabur kerana duit anda akan di jamin kerajaan Malaysia ok. Selamat berblog semua....