Aktiviti,

Rumah Terbuka Mahamahu Bersama M&M Malaysia - Part 1

Khamis, Ogos 29, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam kepada semua pembaca blog Mah@mahu dan juga rakan2 yg juga memberi support kepada blog tak seberapa ni. Kita kongsi apa yg bolehkan nanti mana tahu perkara yg di kangsi tu berguna pada org lain. Tapi sejap berblog ni Alhamdulillah Mah@mahu dpt rasa kekuatan dan kuasa blog ini. Ada aktiviti, ada review dan mcm2 lagi daripada hasil berblog ada masa up ada masa down tapi jgn putus ada kerena apa yg kita suka buat Insyallah akan mendatang kan hasil.


Daripada hasil semua inilah Mah@mahu dpt teruskan blog ini dan juga dapat berkongsi dengan kawn2 serba sedikit. Sebab tu Mah@mahu buat open house minggu lepas sempat jemput blogger2 otai dan juga kawn2 pembaca. First nak terima kasih kepada kawan2 yg sudi hadir memeriahkan majlis opeh house Mah@mahu yg tidak seberapa ini. Terima kasih juga pada M&M Malaysia yg memeriahkan majlis Mah@mahu hari tu. Tak sangka rupanya dpt hadiah daripada M&M Malaysia dan juga maskot yg hadir memeriahkan tetamu Mah@mahu.




Kalau sebut pasal open house perkara pertama org tanya dah mesti menu manjadi daya tarikan paling kuat. Kat open house Mah@mahu kali ni menu biasalah menu raya seperti nasi impit dan di sedapkan dengan rendang dan kuah kacang. Selain tu juga Mah@mahu ada masak nasi putih bersama ayam masak merah, dan daging masak dendeng bonda resepi khas turun termurun. Ada buah-buahan dan juga minuman yg special untuk tetamu.


Kalau sapa yg dtg open house Mah@mahu ada menu special yg dtg daripada Jepun. Hehehe tak adalah Mah@mahu tempah dari Jepun makanan ni memang dah cukup popular kat Malaysia. Takoyaki menu special khas untuk open house Mah@mahu kali ini. Terima kasih kepada Uncle Syaf kerana sudi menaja Takoyaki siap dengan gerai dan juga masak live depan tetamu. Heheh ramai org puji Takoyaki Uncle Syaf, kalau sapa2 nak tempah boleh order dengan hubungi no 0124557758.


Start majlis open house dalam pukul 12 tu dah ada tetamu dtg dan paling best saat di tunggu adalah tetamu istimewa Mah@mahu. Sapa lagi kalau bukan maskot M&M Malaysia lah yg sudi dtg singgah beraya kat rumah Mah@mahu. Tak sangka sebab masuk contest untuk M&M dtg beraya di rumah dan Mah@mahu terpilih. Memang meriah masa tu siap dpt hamper lagi serta tetamu pun di berikan juga coklat M&M. Terima kasih pada M&M Malaysia dengan maskot yg comel2 sudi dtg, kawn2 lain jgn lupa tag M&M Malaysia ok hehehe...


 

Biasa lah kalau buat open house ramai org akan dtg byk karenah nak kena layan. Tpai best and puas hati sebab bila tetamu dtg and makan makanan kita masak mereka suka seronok, hilang penat lelah bertungkus lumus untuk buat persiapan. Thanks to officemate juga yg sudi dtg memeriahkan majlis hari tu tapi minta maaf kalau layanan kurang memuaskan. Apa pun tunggu part 2 open house Mah@mahu yg lebih grand dengan kehadiaran artis2 popular. Nak tahu sapa tungguuuu... Selamat beropen house ok..







0 Pandangan: