Buffet Ramadhan,

#ChurpOut Buka Puasa di Bijan Restauran Malay Cuisine

Sabtu, Ogos 03, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua pembaca dan pengkritik blog Mah@mahu. Bulan puasa ni kalau tak dpt jemputan berbuka tak sah lah hehehe. Best lak tu buka puasa kat tempat kita tak pernah rasa and agak exclusive mcm tu lah kan. Kali ni Mah@mahu dapat jemputan berbuka puasa khas daripada Churp Churp setelah sertai contest kat sana. Agak excited sebab tempat buka kali ini memang agak unik dan menu yang hebat-hebat.

 

Bijan Restauran Jalan Ceylon memang menjanjikan pengalaman buka puasa yang unik dan special dengan environment restauran yg sungguh cantik dan nyaman jer.  Bila sampai sana cari gak restauran tu ingat tinggi rupanya rendah and redup di bwah rimbunan pokok di tengah2 KL. Dalam kesesakan KL yg penuh pembangunan ada juga restauran masih kekal dengan cara dan bentuk yg unik mcm ni. Bijan Restauran mengetengahkan menu buka puasa Malay cuisine yg dtg dari serata tanah air di garap dalam bentuk moden.




Kat sana lebih daripada 30 org peserta dan juga mereka yg hadir memeriahkan majlis. Masuk pintu masuk tu saja dan di sajikan dengan bebagai menu yg memikat nafsu makan dengan bau dan rupa yg molek sgt. Mlm tu acara di mulakan dengan majlis berbuka sebab berbuka awlkan lebih afdal dan sunat untuk umat Islam berpuasa. Bila time nak ambil makanan tu lah masa yg paling best tgk gelagat kawn2 yg baru kenal. Kami ni semua kawn pun dalam alam maya jer event mcm ni lah dapat menyatukan semua mereka yg terlibat di belakang tabir pengurusan Churp Churp mahupun yg menjadi ahli.






Menu utama kat sana masakan Melayu tempatan yg ada mcm2 kat sana Daging Kari, Udang Masak Sambal,  Sotong Masak Hitam Manis, Sate, Laksa, Kerabu Sotong dan Kerabu Kacang Botol, menu bakar dan panggang seperti udang dan sotong bakar pun ada kat sana. Rambu ramba mata ni jadinya bila dah tgk makanan yg sedap2 huhuhuh.. Nak makan mana satu pun tak tahu. Selain tu juga kat sana ada menu pemanis mulut yg memang tradisional di sedikan. Ada bubur dan pengat ada kuih muih tak tahu nak sebut nama byk sgt hehehe..



Kalau nak legakan tekak dengan kesejukan kat situ juga ada menu ABC dan Cendol. Wow tam tenteran rasa jiwa bergelora nak nikmati buka puasa kat sana. Bila dah tiba masa buka makin meriah majlis bila tgk semua org gembira bebual sambil menikmati menu sedap2 belako. Berbagai kaum dan bangsa ada makan kat sana semua org boleh terima menu melayu yg ada kat situ. Mah@mahu suka makan dia punya roti jala dan juga Samosa memang terbaik di lengkapkan pula dengan kuah kari yg likat pekat dan terbaik. Rasa nak bungkus jer kalau makan kat sana sedap gila...




 



Rupanya kami kat sana makan bersama golongan retis mcm tak caya jer kan. Waris dan DJ Fazz pun ada buka puasa sekali di jemput oleh Churp Churp. Aktor lelaki melayu yg sasa sapa lagi kalau bukan Jehan Miskin juga dtang bersama isteri tersyang hehehhe. Lepas semua habis makan dan juga melakukan ibadah tiba masa aktiviti untuk istirehat dan kumpul hadiah. Mlm tu rupanya Churp Churp ada sediakan lebih daripada 30 hadiah untuk semua hadirin. Ada lah sikit game yg simple dan menghiburkan. 

 

Mah@mahu pun malm tu tak pulang dengan tangan kosong dapat gak hadiah Churp Churp teady memang comel dah lama idamkan. Mah@mahu juga dapat voucher berbuka puasa kat Bijan Restauran hehehe tebaik lah. Gambar Instagram yg Mah@mahu post dpt pilihan pada mlm tu hehehe. Terima kasih Churp Churp and the geng. Apa pun mlm tu memang best dan gembira sekali dapat jmpa dan kenal2 dengan team Churp Churp dan juga rakan2 lain. Moga akan ada lagi event2 yg lebih best dan meriah untuk eratkan silatulrahim antara kita ok. Selamat berpuasa dan selamat berbuka...












0 Pandangan: