Destinasi Membeli-belah Unik dan Menarik Ayer Hitam Johor

Salam semua rakan2 dan juga pembaca blog Mah@mahu. Kali ni nak bawa jalan2 lagi ker satu tempat menarik yg sempat Mah@mahu singgah bila masa outstation ker negeri Johor Darul Takzim. Memang Johor ni tekenal dengan tempat membeli belah bukan sahaja shopping komplek yg besar2 dan gah2. Tetapi juga tempat pelancongan yg menarik dan unik. Mana lagi kalau sampai Johor mesti akan ker Ayer Hitam.

 


Bila sebut Ayer Hitam mesti ramai para ibu dan juga mereka kaum hawa ni dah terbayang-bayang apa ada kat sana. Itu lah kuasa membeli di tangan wanita. Bila dah singgah mesti ada sahaja yg akan di belinya walaupun sedikit. Sebanarnya Mah@mahu ni first time singgah kat Ayer Hitam Johor ni dan pertama kali tgk apa yg ada kat sana. Memang tempat membeli belah para ibu huhuhu seronok bila dpt tgk hiasan rumah yang cantik2 dan unik.

 



Kat situ rupanya byk hiasan rumah untuk mereka yg rajin mencari kelainan dalam menghias kediaman mereka. Ada hiasakan lampu, hiasan dinding, bahan arca daripada seramik, kaca dan juga kayu-kayuan. Semua ada termasuk lah barangan hiasa elektronik dan elektrik mcm lampu tido, jam dan mcm2 lagi. Tu baru bab hiasan dalaman rumah tak masuk lagi kepada bab makanan.



Kalau cite bab makanan tak termakanlah nak beli kat sana semua ada yer. Daripada buah-buahan segar yg fresh dan harum sehinggalah bahan makanan ringan seperti kerepek dan juga keropok. Kat Johor kan terkenal dengan Nenas Madu kat situ memang boleh dapat nenas pada harga murah sgt and manis gila yer. Buah mangga, buah mempelam dan byk lagi tak tahu nak beli mana satu. Kalau nak beli kerepek atau keropok untuk buat persiapan raya pun mcm2 ada tgk sendiri lah tak tertulis Mah@mahu kat sini.


Tapi apa pun memang best pergi kat Ayer Hitam Johor ni kalau ada masa nak pergi lagi bersama keluarga dan juga kawn2. Nak cari barang hiasan rumah hehehehe. Mah@mahu ni suka gak deko2 rumah ni tapi buat masa ni agak sibuk sikit. Apa pun raya nak datang tak lama lagi ni buat persiapan awal agar tak terganggu di saat-saat akhir nanti ok kawn. Sebelum tu selamat berpuasa yg bakal menjelma tak lama lagi... salam...