Buffet Ramadhan,

'Juadah Tradisi Kampung' Buffet Ramadhan di Silka Maytower Hotel & Serviced Residences

Isnin, Jun 24, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera semua pembaca dan pengomen blog Mah@mahu yg tidak seberapa ini. Moga anda terus sihat dan dapat bertemu bulan Ramadhan yg Insyallah akan menjelma tidak berapa lama lagi. Bila sebut pasal Ramadhan ni mesti tak lari dengan adanya Buffet Ramadhan yg sekarang ni tgh promisi gila2 lah. Tapi apa pun hati2 nak pilih tempat utk buffet Ramadhan demi keselamatan dan keselesaan anda untuk menikmati makanan.

 


Tapi tempat yg Mah@mahu nak review kali ni di ajak oleh kawn blogger yg memang otai bab2 makanan ni iaitu KL Urbanite kerana telah menjemput Mah@mahu untuk sama2 merasai makanan hebat2 kat sini. Kalau ada lagi kawn2 lain nak invite boleh sahaja Mah@mahu akan ada masa untuk review makan2 ni tak kisah hehehe. Bab makan ni tak ada pantang bagi Mah@mahu...



Silka Maytower Hotel & Service Residence adalah tempat review makan buffet Ramadhan Mah@mahu dan rakan2 lain. Dengan tema 'Juadah Tradisi Kampung' pasti ramai dapat teka bahawa semua makanan adalah daripada masakan tradisional Malaysia. Tujuan tema ini di pilih menurut kata Marketing Executive hotel ni adalah untuk membawa makanan tradisonal Malaysia kepada penghuni kota yg tidak dapat pulang berpuasa di kampung. Semua segar dan original khas untuk peminat makanan di Malaysia.






Pasti kalau menu tradisional tempatan ni tak lari daripada masakan rendang daging dan ayam, juga terdapat masakan khas negeri Pahang iaitu masak Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak menjadi signature Chef Executive hotel ini. Wow memang best lah tak perlu pergi jauh2 kat tgh2 KL ni pun ada menu mcm2 ni kan. Selain tu ada juga Nasi Bukhari, aneka masakan Kerabu, Nasi Bukhari, Ikan Bakar, Yong Tau Foo, Kambing Panggang, Murtabak dan banyak lagi.

 



Bahagian lain juga menyediakan masakan secara langsung depan tetamu seperti Sate, Otak-otak dan byk lagi. Ada dari masakan bertema mee iaitu mee sup dan juga mee rebus. Memang meriah sgt menu makanan kat sana. Tetapi merasai suasana bulan puasa nanti mesti ada masakan lemang dan juga rendang. Minuman juga tidak kurang hebat apabila tetamu boleh buat sendiri Air Batu Campur dan juga Cendol. Tak kenyang lagi makan tak tahu lah Mah@mahu pergi sana pun tak tahu nak makan mana satu.






Kalau nak buat tempahan secara individu dan juga secara berkumpulan boleh terus hubungi Silka Maytower Hotel & Serviced Residences Kuala Lumpur di talian +603 2692 9298 ext 8094. Boleh juga email kepada info.maytower@silkahotels.com. Selain dari buffet yg istimewa terdapat juga pomosi khas sempena ramadhan ini untuk penlanggan yg mahu menempah bilik di panggil "Raya, Stay, Shop & Save". Nak tahu kena tunggu next entry khas untuk ini nanti ok.. Selamat menjamu selera..

Buffet Ramadhan "Juadah Tradisi Kampung"
Date: 9 July - 7 August 2013 
Time: 6.30pm - 10.30pm
Price: RM78.00++ per adult | RM25.00++ per child (4-12 years old)

50% discount!
Senior citizen (55 years and above)

50% discount!
First week and last week of the promotion







0 Pandangan: