Buffet Ramadhan,

Buffet Ramadhan 'Warung Nasi Padang Ibunda' Special di Concorde Hotel

Khamis, Jun 13, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua rakan2 dan juga pembaca setia blog Mah@mahu. Lama tak buat entry berkaitan makanankan tapi Alhamdulillah bila nak dekat Ramadhan ni ramai juga yg sibuk mula servay tempat nak makan cari2 buffet yg murah dan sedap. Mah@mahu kali ni nak rekmenkan satu tempat makan yg exclusive tapi cukup sedap dan hebat. Masakan international dan juga tempatan di garabkan dalam satu konsep warung hebat.



Bertemakan 'Warung Nasi Padang Ibunda' khas di bawakan daripada Sumatera Barat menjadi pilihan Concorde Hotel Kuala Lumpur. Menjemput sendiri chef-chef hebat daripada Indonesia Dewi Marlina bersama dengan Nia Monalisa dan Nahendra Dewita untuk memasak bagi pengunjung Concorde Hotel bersempena dengan Ramadhan yg bakal tiba Julai ini. Mengutamakan masakan Padang yg berketurunan Minangkabau menjadikan menu kali ini lebih asli dan tulen citarasa dan kenakanya.


Mah@mahu bersama berberapa kawn blogger telah di jemput menjadi tetamu untuk sesi memperkenalkan konsep masakan Nasi Padang kepada umum. Concorde Ballroom yang penuh di hiasi dengan konsep Minangkabau menjadi daya tarikan kepada buffet Ramadhan yg akan di perkenalkan ini. Di tambah pula dengan Warung Nasi Padang yg menjadi menu utama kepada hadiri untuk merasai sendiri air tangan daripada negara seberang. Antara hidangan nasi padang yg ada adalah seperti Soto Padang, Rendang Ayam/Daging Minang, Ayam Goreng Berempah, Daging Dendeng Balado, Paru Dendeng, Ikan Goreng Lado Hijau, Kelio Ayam Nangka, Urat Kaki Lembu, Ayam Gulai Pop, Gulai Perut Lembu, Gulai Kambing, Sotong Tusuk, Sambal Lado Jariang (Jering) dan Terung Balado.






Wow memang rambang mata kami semua hadiri pada hari itu untuk pilih makanan yg sedap2 dan hebat2 belaka. Paling best hotel bertaraf 5 bintang ini memberi layana paling special kepada tetamu yg datng ke sana. Kami juga di hiburkan dengan kumpulan penghibur khas di bawakan daripada Indonesia yg menyampaikan lebih daripada 10 buah lagu sepanjang acara pada mlm tu. Memang best dengan inviroment ruang ballroom yg luas dan kemas serta hiasan menarik dan juga hiburan menjadikan kami cukup selesa di sana.






Selain daripada menu makana Nasi Padang Buffet Ramadhan Concorde Hotel juga ada di sediakan hidangan tempatan dan antarabangsa lain untuk memvariasikan makanan kepada semua bangsa. Ada juga makanan tempatan di sediakan seperti Kambing Panggang, Mee Rebus Johor, Ikan Panggang Berempah, Yong Tau Foo, Sate Ayam/Daging, Popiah Basah dan mcm2 lagi. Pasti di sedapkan lagi dengan pencuci mulut yg enak2 dan manis2 belaka sesuai dengan citarasa Asia Tenggara. Ada manisan tempatan dan juga antarabangsa seperti Godok Batinta iaitu pisang goreng, Serabi atau manisan berupa pancake, Sala Lauak iaitu fish ball bersama isi ikan dan juga Cenil iaitu onde-onde bersama dengan santan dan gula sawit semua adalah manisan dibawa daripada Indonesia.





Untuk Buffet Ramadhan ini akan bermula pada 10 Julai 2013 hingga 7 Ogos 2013 dan tempahan boleh di buat sekarang dengan menghubungi pihak hotel di talian 03-2144 2200 atau emailkan terus kepada fbkl@concorde.net. Tempahan awal secara individu atau juga untuk majlis coporat atau berkumpulan bagi berbuka puasa adalah di galakan. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web Concorde Hotel Kuala Lumpur atau datang sendiri menikmati makanan antarabangsa dengan harga yg berpatutan. So mai ramai2 kita berbuka puasa di Concorde Hotel Kuala Lumpur.






*Terima kasih kepada Concorder Hotel Kuala Lumpur dan Nuffnang Tastebuddies