Langkawi Dunia Percutian Terhebat Dunia - Episod 1

Salam semua rakan2. Memang benar kata org kalau tak kenal maka tak cinta itulah ungkapan terbaik dan sesuai apabila anda pertama kali menjejaki ke pulau lagenda itu. Mah@mahu yg pertama kalu pergi ke sana bersama kawn berjalan baru tahu memang rupanya pulau tu bukan sahaja misteri tapi penuh dengan kecantikan yg tidak ada tempat lain.
 

Firstime berada di pulau Langkawi rasa mcm tak keruan tak tahu mana satu nak tuju maklumlah tempat yg penuh dengan kecantikan dan kunikan alam semulajadi. Jadi hati ini tak tahu mana nak tuju dulu ikut kaki lah mana nak melangkah. Sampai jer ker Airport Antarabangsa Langkawi terus teruja dan mengambil kereta sewa utk mengelilingi pulau di gelar Mutiara Kedah itu.


First mestilah pergi ker hotel check in dulu.. Lepas tu tak rehat terus redah ker Cable Car. Rupa2nya memang tinggi gila and gayat sgt perasaan ni bila ada kat atas sana bukan kerana tinggi tapi kerana ia di buat pada puncak gunung yg berbatu dan pada hujung puncak sahaja bapak lah ketaknya. Tapi puas kerana dapat naik sana jua akhirnya kerana kata org kalau sampai Pulau Langkawi tak sah kalau tak naik Cable Car tu. 


Lepas sejam kat sana terus gerak untk blk ke hotel dan rehat sebab dah penat sgt perjalanan. Lepas sahaja rehat sehari kat hotel maka perjalanan seterunya bermula. Kami jelah ke semua tempat dengan menggunakan peta yg telah di berikan semasa di Airport. Senang jer kat sana jalan2 jer dah sampai sebab Insyallah tak akan sesat2 lah kalau kat pulau Langkawi tu. Sampai lah kami ke Kota Mahsuri, ramai kenal sapa itu Mahsuri so tak perlu kenalkan. Kat sana pergi tgk rumah zaman dulu yg di bina kat Langkawi. Juga ada perigi Mahsuri dan paling best ada taman haiwan kat iaitu arnab dan burung.

Lepas tu gerk pergi Taman Agro Teknologi Stesen Teknologi Langkawi. Kalau kat sana korang pergi mesti dpt makan buah2 free jer hehehehe tu yg best. Lepas tu dah panas tghari buta apa lagi lega lah kalau basahkan badan dengan mandi kat air terjun Hutan Lipur Lubok Semilang. Kat tepi jer dengan taman agro tadi dekat jer. Air terjun memang best and sejuk sgt badahkan badan dengan mandi paling best lah rasa air dari bukit.

Hari ni hari alam semulajadi so memang plang nak pergi jalan2 tgk flora dan fauna yg ada di Langkawi. Memang pelik bila dpt tgk haiwan2 yg unik dan cantik. First dapat bagi haiwan makan dan juga dpt berinteraksi dengan haiwan yg ada. Kat mana tu mana lagi kalau bukan  Langkawi Bird Paradise. Pusat pemeiliharaan haiwan liar milik persendirian ini sungguh mendekatkan kita dengan alam dan haiwan. Kita dapat beri makan dan dapat mendekati mereka dengan rasa tidak takut dan mereka juga begitu jinak. Best lah mesti kena pergi sini pergi lah tgk sendiri keunikan haiwan yg ada di sana mengagumkan. 

Sambung next entry ok...







0 comment... add one now