Mahamahu,

K'chiangmai Ikan Bakar Puncak Jalil

Rabu, Mac 27, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua rakan2 dan juga pembaca blog Mah@mahu sekalian. Jom kali ni nak share satu lagi tempat makan yg best dan antara tempat yg Mah@mahu selalu pergi dan juga peminat makanan ikan bakar selalu kunjungi. Knp Mah@mahu ckp mcm tu sebab setiap kali pergi sana jer mesti tiada meja untuk duduk makan semua penuh tak kisah hari apa2 pun pergi.



Nama tempat tu K'chiangmai Ikan Bakar Puncak Jalil nama sahaja dah nama makanan Thai. Memang pun kat sini bukan sahaja ikan bakar menjadi main menu tapi ada juga makanan lain seperti nasi goreng, masakan Thai dan byk lagi. Tapi kalau pergi sana tak rasa ikan bakar kat sana tak sah lah kan nama pun restoran ikan bakar. Byk pilihan ikan yg boleh di pilih untuk di bakar oleh pengunjung.


 


Pada kawn nak pergi sana boleh cari di kawasan kedai di taman Puncak Jalil maaf tak ada koordinat khas kena google ada dalam tu. Minuman pun ada kat sana pasti tak menyesal lah pergi makan kat sana bersama kawan mahupun dengan keluarga. Tapi kalau korang perasan kat tepi kedai tu ada juga jual sate dan gerai burger so byk lagi makanan korang boleh pilih untuk makan kat sana. Selamat menjamu selera ok...