Article,

Samsung Galaxy S3 No1 Jualan Sedunia Mengalahkan iPhone

Sabtu, November 10, 2012 Mahamahu 0 Comments

Salam semua rakan2 dan juga pembada blog Mah@mahu moga sihat dan selamat di musim hujan ini menjaga diri anda dan keluarga. Tips musim hujan ni kena selalu pantau pegerakan anak anda dan juga keluarga lain bukan sahaja kawasan banjir malah semua kawasan hujan kerana jalan licin hanya mengundang kemalangan tidak di ingini. Mah@mahu minat nak kongsi pasal perkembangan terbaru dua gergasi besar dalam dunia telephone ni. Memang cukup menarik kerana ia adalah pesaingan sihat dan saling mencabar antara satu sama lain. Lihat artikel lepas [klik sini].
Baru2 ni Mah@mahu ada baca artikel kat laman Yahoo Malaysia menyatakan seperti berikut. Samsung Electronics 'Galaxy S3' menjadi model terlaris telefon pintar di dunia pada suku tahun lepas, menolak dan mengetepikan iPhone Apple Inc, yang telah mendominasi carta selama lebih daripada dua tahun, Analytics Strategi penyelidikan firma berkata pada minggu lepas.

Analisis Strategi dianggarkan model Samsung
S3 dijual 18juta dalam suku ketiga, berbanding dengan jualan iPhone 4S sebanyak 16.2 juta sahaja. Jualan kukuh Samsung Galaxy S3 perdana - yang datang dengan skrin sentuh besar 4.8 inci - membantu Samsung hantar rekod jualan keuntungan operasi dalam suku Julai-September.

"Samsung Galaxy S3 telah terbukti cukup popular dengan pengguna dan pengusaha di seluruh Amerika Utara, Eropah dan Asia," kata penganalisis Neil Mawston, menambah iPhone 5 baru mungkin akan menuntut tempat teratas untuk Apple dalam suku semasa. Ini adalah petanda sihat dalam dunia telekomunikasi sekrang kerana akan ada barang yg turun harga lagi ni hehehee... Bila nak tgk peneraju telephon mudah alih lain lak yg naik mcm mana dulu zaman kegemilangan Nokia.

  
* Laporan daripada Yahoo Malaysia