iPhone,

Giliran iPad Lak Meniru

Khamis, Oktober 25, 2012 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Mah@mahu yg mulia lagi di hormati. Hari2 yg di lalui dengan penuh kebahagiaan dan juga keberkatan dariNya. Kalau baca tajuk entry ni mesti ramai yg hangin jer kan. Kalau nak hangin lagi baca entry sebelum ini [klik di sini].. Hehehehe bukan niat nak memburukkan product terhebat ini. Tapi mcm sedikit ralat lah apabila mereka mula melancarkan iPad Mini baru2 ini.

Tak kisah Apple nak keluarkan seberapa byk jenis pun tapi knp dulu masa Samsung buat Tab dia sibuk nak saman. Katanya meniru pattern yg telah di keluarkan pelopor besar teknologi terhebat di seluruh dunia. Kini pulak mereka keluarkan iPad Mini untuk memenuhi kehendak pengguna yg suka kepada pad lebih kompak. Bukankah itu namanya meniru gak ker? Siapa pelopor kepada tab kecil ini kalau bukan Samsung.
 
Mereka telah keluar sejak tahun 2010 lagi tab ini dengan tab 7.0 dan juga tab 7.7. Kemudian kepada Noted 7 ada gak. So ni sapa yg tiru idea sapa. Mungkin sebab Apple mula tahu kuasa pengguna dan kehendak pengguna mereka mula melopori untuk mencuri hati pengguna dengan iPad Mini. Tak salah tapi mcm pelik kan mereka lak meniru huhuhuh.. Tapi tak ada yg nak saman, biasalah lumrah dalam business..

 

Apa pun yg untung pengguna juga akhirnya. Biarlah mereka yg ada kepakaran ini memikirkan tentang tu semua. Kita guna saja sudah untuk memudahkan tugasan harian kita juga kan. Huhuhuh... Best lah lepas ni ramai lah rebut mesti sorang satu akan ada peranti ini menggantikan laptop atau notebook. Teknologi apa lak lepas ni kan..