KL Syurga Membeli-belah Terbaik di Rantau Asia

Salam kepada pembaca blog Mah@mahu yg tak putus memberi sokongan dan juga comment. Harap lepas ni leh bagi pendapat dan juga idea anda hantar saja kat email Mah@mahu ok. Tapi Mah@mahu paling bangga kerana Kuala Lumpur Malaysia di iktiraf sebagai pusat membeli-belah ke 2 tebaik di rantau Asia. Ni bukan Mah@mahu buat cerita ni telah di buktikan oleh akhbar The Star melalui tinjauan yg di lakukan keatas 100 org.


Tak tahulah mcm mana mereka buat tapi tinjauan ini di buat berdasarkan beberapa kreteria yg telah di tetapkan iaitu kedai, budaya dan iklim, hotel dan pengangkutan, kemampuan harga dan keselesaan.So daripada 100 org itu Kuala Lumpur mendapat 65 mata mengalahkan bandar2 besar lain seperti Singapura, Bangkok, Tokyo dan Soul sendiri. Wow tak sangkakan kita berjaya mendahului mereka. Bandar pertama yg menjadi pilihan adalah Hong Kong.

Memang tak di nafikan bila jalan kat KL jer ramai gila pelancong asing yg ada di sana. Mungkin kerana enviroment kat KL ni cukup selesa dan pada harga yg berpatutan kot. Tapi kalau nak ikut bandar paling mahal ialah Singapura. Jadi tak peliklah kalau KL menjadi pilihan serata dunia. Mungkin juga kerana keramahan rakyat Malaysia sendiri kot heheheh bangga kejap.

Apa pun kita sebagai rakyat Malaysia kena rasa bangga dengan negara kita sendiri. Sapa lagi nak memajukan dan membawa negara kita ke peringkat dunia kalau bukan kita rakyatnya. Jng nak bergaduh jer dan merebut takhta yg penting siapa memimpin mereka harus ada matlamat dan juga cita-cita untuk memajukan negara. Bukan untuk menimbulkan huru-hara atau sekadar merebut jawatan sahaja tak guna.

Jng lupa saksikan Masterchef Malaysia musim ke 2 18 November 2012 (Ahad) ini sesuatu istimewa bakal muncul hanya di Astro Ria dan Astor Mustika HD.


*Sumber daripada Yahoo Malaysia