Astro,

Daging Masak Hitam Manis Bonda Untuk Dapur Masterchef Malaysia

Isnin, November 12, 2012 Mahamahu 0 Comments

Salam semua rakan2 dan juga pembaca blog Mah@mahu moga sihat dan ceria selalu Insyallah. Kali ni nak kongsi satu lagi masakan yg Mah@mahu telah olah sendiri untuk menjadikan lain sikit daripada yg lain. Daging Masak Hitam Manis Bonda resepi ni sebenarnya khas untuk Masterchef Malaysia. Mah@mahu menang pertandingan anjuran Heinz ABC Saus dan juga Murai.com.my baru2 ni dengan resepi ni juga [klik sini].

 

Tara ni lah rupanyer Daging Masak Hitam Manis Bonda yg telah membada tuah kepada Mah@mahu. Di hidang bersama dengan hidangan simple lain untuk hari ni. Air tu adalah air Sirap kurma dimana air sirap yang di masukan dengan biji kurma. Satu lagi lak hidangan pencuci mulut kat situ iaitu ais kream vanila bersama jus perahan oren. Sebab tu ada oren tepi2 tu nak makan ice cream ni nanti kena perah oren tu baru rasa sedap hehehehe..
 


Kawan2 boleh cuba kat rumah hidangan ini resepi istimewa Mah@mahu untuk anda ok..

Daging Masak Hitam Manis Bonda

500 gram daging lembu
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang serai
2 ulas bungan lawang
1 batang kayu manis
2 batang bunga cengkih
100 gram cili kering (kisar halus)
1 mangkuk kecil kicap manis
1 sudu sos tiram
1 camca serbuk lada hitam
1 biji bawang besar (mayang bulat)
4 biji cili padi
1 inchi belacan
Garam secukup rasa 
3 camca minyak masak


Cara-cara memasak

1) Rebus daging lembu sehingga masak. Simpan air rebusan daging tadi untuk membuat kuah.
2) Potong daging lembu yg di rebus tadi nipis-nipis. Gaulkan daging yg telah di potong dengan 2 sudu kicap manis dan perapkan.
3) Tumbuk bawang besar, bawang putih dan juga serai sehingga hancur. Tumis bahan2 tadi dalam kuali dengan sedikit minyak.
4)  Masukan kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih goreng sehingga naik bau. Masukan cili kering yg di kisar tadi masak sehingga pecah minyak.
5) Masukan daging yg di perap tadi dan masak. Sambil2 tu masukan sekali kicap manis. Masukan juga sos tiram dan juga belacan.
6) Masukan lada hitam dan garam sambil masukan stok daging tadi sedikit agar kuah tidak terlalu kering masak sehingga daging masak.
7) Masukan bawang besar yg di mayang dan juga cili padi. Masak sekejap dan boleh di hidangkan.

Kepada rakan2 semua harap dapat mencuba dan juga post lah masakan anda nanti kita leh share ok. Tapi yg penting jng lupa untuk sasikan Masterchef Malaysia 2 pada 18 November 2012 (Ahad) ada sesuatu istimewa pada hari tu di dapur Masterchef Malaysia. Saksikan beramai2 dan nantikan surprise daripada Mah@mahu....






0 Pandangan: