Kempen,

Mencari Blogger Untuk 'Projek Amal Blogger'

Isnin, Mac 26, 2012 Mahamahu 0 Comments

Assalammualaikum kepada semua rakan2 blogger dan juga pembaca blog Mah@mahu. Moga hari Isnin penuh makna dan juga penuh dengan kejayaan kepada kita. Terima kasih kepada anda yg masih  menjadi pembaca setia blog Mah@mahu walaupun tidak hari2 namun Mah@mahu dapat rasakan kuasa anda dan sehingga kini Mah@mahu masih mampu untuk berblog. Wahhh berucap dah macam calon pilihan raya lak hehehe....

Bukan apa sebenarnya Mah@mahu ada plan satu project tak lah bersar tapi sungguh bermakna kepada kita sebagai blogger dalam memberi khidmat masyarakat secara tak langsung. Kita ini sebenarnya adalah agent kepada beberapa perkara yg sebenarnya menjadi perhatian masyarakat. Oleh itu, tak salah kalau kita guna kuasa kita yg tak seberapa ini dalam membantu khidmat masyarakat untuk beberapa kerja amal.

Bila sebut kerja amal ramai tunduk dan diam kan hehehe. Ye lah kerja amal kerja yg tak dapat apa2 pulangan dalam bentuk wang ringgit atau penghargaan. Cuma kita kena lebih terbuka dalam membuat kerja amal ini. Mah@mahu mahu mencari seberapa byk blogger yg sanggup untuk menyertai 'Projek Amal Blogger' dengan tema 'Kami Prihatin Kami Hebah'. Lihat logo untuk projek ni.


Syarat2 nak sertai:-

1) Semua yg ada blog dan juga blog mesti aktif. (tidak di ambil kira alexa atau pun trafik tetapi mesti rajin update blog anda)
2) Blogger tempatan sahaja (blogger atau blog Malaysia sahaja yg boleh sertai)
3) Tidak kira latar belakang blog anda. (tak kira anda adalah blog politik, blog hiburan, blog travel semua boleh sertai)
4) Membuat sukarela tanpa mengharap apa2 bayaran. (Tiada bayaran akan di berikan kepada anda dalam membuat kerja amal ini)

Itu syaratnya untuk anda sertai kerja amal ini. Tiada paksaan sapa nak sertai boleh tinggalkan comment anda di entry ini dengan lampirkan perkara seperti di bawah:-

Link blog anda :
Nama blog :
Nama Blogger :
Email anda :

Cara kerja amal ini adalah sangat mudah seperti dibawah :-

- Mah@mahu ada beberapa agensi NGO atau badan berkanun atau badan organisasi swasta yg mahukan hebahan daripada blogger.
- Mah@mahu akan dpt beberapa program aktiviti yg telah di rancang oleh mereka untuk di hebahkan kepada semua rakyat Malaysia. 
- Tugas anda adalah hanya membuat entry untuk hebahan tentang program amal yg telah mereka rancangakan tidak kira bila2 masa sahaja.
- Segala bahan dan juga perkara yg di perlukan akan di sediakan oleh pihak Mah@mahu dan akan di email terus kepada anda. Jika anda ada sumber lain untuk di masukakan boleh dan digalakkan.
- Tiada sebarang hada masa atau tempoh yg di tetapkan dalam membuat entry mahupun mengepost entry anda selagi tidak tamat tarikh program tersebut.
- Jika anda minat untuk sertai program mereka secara langsung iaitu turun padang bersama mereka di dalam memberi bantuan adalah di galakan.
Jika anda rasa bertanggungjawab dalam memberi hebahan kepada masyarakat tentang kesedaran program amal ini anda adalah peserta yang kami cari. Sebarang persoalan boleh terus hubungi Mah@mahu di alat email akustika83@gmail.com. Mah@mahu akan menyenaraikan semua blog yg menyertai program ini di side bar blog Mah@mahu nanti.