Dari Itali Ke Malaysia

Tiba2 je suasan hari minggu di kampung di rasakan lebih bermakna lagi apabila bukan setakat menghabiskan masa di kampung malah dpat mengeratkan silatulrahim dengan semua ahli keluarga kita sendirikan. Namun kat kg tak semestinya kita mencuba menu masakan kg jer kan. So dengan bantuan adik aku maka terciptalah satu biskut 'Italian Hazelnut'. Nak tahu cara penyediaannya dan resepinya jom tgk sini..

Bahan2 yg diperlukan
2 cawan kacang Hazelnut yg telah dibakar dan diasingkan kulitnya
11/4 cawan gula aising
4 biji putih telur
1/2 camca teh garam
1 camca teh ekstrak vanila
Cara Penyediaannya
1) Panaskan microwave pada suhu 163°C dalam masa lebih kurang 5 minit sebelum memulakan kerja menyediakan bahan2 biskut.
2) Kisar kacang Hazelnut tadi sehingga halus.
3) Pukul putih telur bersama garam menggunakan mesin adun atau menggunakan tangan sehingga kembang.
4) Selepas itu gaulkan putih telur tadi bersama kacang Hazelnut dan juga masukan ekstrak vanila digaul secara perlahan sehingga sebati. Boleh dimasukkan pewarna untuk menghasilkan biskut yg berwarna-warni.
5) Makan bolehlah di letakan pada dulang pembakar dengan saiz yg sederhana besar berselang 2inchi antara satu sama lain (seperti gambar di atas). Dulang pembakar hendaklah di alaskan dengan kertas atau disapu majerin.
6) Bakar biskut tadi dalam lebih kurang 15 hingga 20 minit sehingga agak keperangan dan rapuh supaya sedap untuk dimakan.

Setelah siap maka boleh dihidangkan kedalam pinggan untuk menjadi menu minum petang boleh gak sedap kerana ia manis dan rapuh. Sesuai juga untuk di buat kuih raya apabila tiba musim perayaan nanti wahh byk guna ni. Tak rugi mencuba dan mcm2 boleh di pelajari kalau kita rajinkan. Terima kasih kepada adik ku kerana sudi mengajar chef kecik ni untuk memasak hehehe... Selamat mencuba.





{ 8 comments.. read them below or add one }

buDak ITam buDak ITam 04 May, 2011
sedap!!!!!!!!!!!!!!!
Faradilla Rashid Faradilla Rashid 05 May, 2011
sedapnya.... thanks sbb bagi resepi bleh cuba... bila nak cuba tu jgn ditanya sbb belum tau lagi...hehehe
ashra ashra 05 May, 2011
menarik..thanks kongsi resepi..
| xDer | | xDer | 05 May, 2011
wah! ni memang sodap.. ada resepi leh buat sendiri nyumm nyummm

Recently: Muzium Negara MALAYSIA - Karnival Orang Asli 2011