Nasi Lemak + Darkbatman = Dilarang

Hehehehe jng marah bro darkbatman bila lagi nak promote bro kan walaupun bro dah cukup glamor. Jangan marah gunakan nama tu nanti royalti bahagi 2 ok hehehe gurau jer. Actually tekejut dengan berita yg telah melarang penjualan nasi lemak di kantin sekolah. Sudah bertahun-tahun lamanya nasi lemak menjadi makanan tradisi kita tiba2 jer ia menjadi satu larangan. Tak faham tak faham.
Kalau nak kata nasi lemak menggemukkan aku rasa org zaman dulu tok nenek kita semua dah byk yg obesiti zaman muda-muda. Tapi tak pun tgk semua sihat segar bugar jer. Aku rasa bukan sebab nasi lemak lah tapi tabiat pemakanan kita tu yg kena jaga. Kat sekolah byk lagi makanan lain yg tak sihat dijual. Contoh cekedis atau jajan semua tu ada bahan pengawet dan juga pewarna yg belebihan sihat ker?? Gula2 semuanya manis, ye lah katanya nak hilang ngantuk dalam kelas makan gula2 tapi lagi bahaya cepat kena kencing manis.

Saya tak faham dengan arahan melarang nasi lemak dijual di kantin sekolah. Adakah itu akan dpt mengurangkan masalah kegemukan kanak2 disekolah atau ia akan menambah kerugian pengusahan kantin sekolah kerana kena jual makanan lagi mahal. Kalau kita larang jual kat sekolah kat rumah pun dia org bedal nasi lemak mak mask 3 4 pinggan sama jer. Kat gerai luar sebelum nak sampai sekolah tu lagi byk jual mcm2. So jng salahkan nasi lemak habis kantin sekolah tutup.
Apa lak relevennya nasi lemak dengan bro darkbatman lak, hehehhe sebenarnya beliau ini adalah usahawan muda yg telah mengusahakan kantin sekolah. Tokei ni jng main2 kayo pakcik. So tu jer lah kaitannya. Mungkin bro darkbatman ada apa2 cadangan untuk mengurangkan kegemukan dikalangan kanak2 ni. Bro byk bagi tips dalam blog mungkin bro boleh bagi nasihat sikit. Lepas ni apa yg bro nak jual kat kantin sekolah? Cadanganlah mungkin kena jual vitamin, protein dan juga kalsium dalam bentuk tablet baru sihat budak2 ni kot hehehhe... Gurau jer bro ok...


{ 11 comments.. read them below or add one }

mama mama 20 April, 2011
betulker nasi lemak tak jual kat kantin dah...abih nak jual apa...
Rozuan Ismail Rozuan Ismail 20 April, 2011
kita buat la nasi lemak diet..cm ner tu ye?
z o u l z o u l 20 April, 2011
kt kantin jual makanan barat pasni..trutama salad yg sehat
***sambil mgenakan telekung
diana diana 20 April, 2011
dah jual nasi lemak 2 hinggit memang la gemuk..
cuba jual yang dua kupang punye..
tak kan gemuk punye..
percaya lah...
A N E F F A N E F F 20 April, 2011
gemuk x gemuk , janji sedap . hehe

tibe2 teringin nk makan durian *tibetibe*
fathiah fathiah 20 April, 2011
betoi2.. jnji sedap... huhuhu... nasi lemak cafe aku, best wooo :)
~ Mr Ej ~ ~ Mr Ej ~ 20 April, 2011
nasi boleh menggemokkan..tambahan pula nasi lemak...aduyyyaiaiii....i follow...hehehe
encHIx laNDax encHIx laNDax 20 April, 2011
haha..

abis Gajah tu,bertahun2 tak makan nasik lemak,gemook je..hahahha..(sepah)

p/s: darkbatman mesti suka..dia memang tak suka orang makan mende berlemak ni~huhu
Edy Fee Edy Fee 21 April, 2011
bgus jugak cdgan jual vitamin..sekali ngan ubat kuat