Pendapat

Pendidikan Sex @ Pendidikan Agama - [Pendapat]

Jumaat, Disember 17, 2010 Mahamahu 8 Comments

Sejak dua menjak ini asyik dgr cite pasal "SEX" jer kan. Ye lah mana taknya heboh dan kecoh dlm akhbar pasal hubungan sex yg melampau. Terkejut gak aku bila baca dlm akhbar adik beradik yg umur tak baligh lagi buat hubungan sex. Siap rakam and bluethooth lagi pada org lain. Bangga sangat dia org aksi melampau di hebahkan merata2. Nak glamor sgt ker mcm artis dari sebrang tu. Tak tahu nak ckp lah. Sebelum tu lak dlm akhbar cite pasal main masak2 pastu kena rogol ada lak kena liwat. Semua budak2 lagi bawah umur kenapa ye? Adakah trand aksi sex sekarang berubah kepada aksi kanak2 pulak. Tak tahu lah nak ckp.


Adakah ini salah didikan atau salah pengajaran yg diberikan? Aku sendiri tak faham silap dimana sebenarnya. Nak kata mak bapak tak ajar mustahil atau mak bapak yg mengajar semua ni. Kanak2 adalah satu peringkat dimana segala yg di lihat dan diterima paling berkesan dan mudah sngt nak di ikuti. Ye lah tak tahu apa2 cuma tahu seronok and sedap. Adakah ini kerana salah guru yg mengajar di sekolah? Tak juga sebab guru tak di benarkan memasukan element2 sex di dalam semua matapelajaran melainkan yg berkaitan sahaja dan bukan untuk mata pelajaran Matematik huhuhuhu..


Pastu, sebab tiada didikan sex untuk kanak2 secara formal di sekolah, maka pihak berwajib iaitu Kementerian Pendidikan telah meluluskan pendidikan khas untuk sex sahaja di sekolah mulai tahun depan. Wahhh lepas ni lagi advance lah kanak2 sekolah terhadap perkara ini. Bukan setakat adik beradik entah silap2 satu keluarga buat sex huhuhuhu Masyallah nauzubillah harap di jauhilah. Tapi itu tanggungjawab meraka serta tindakan yg boleh meraka ambil untuk mengurangi masalah itu, aku tak kata salah.


Bagi aku lah itu hanya akan dapat mengurangkan masalah sex dikalangan kanak2. Ye! sex tetap akan berlaku, tapi ia akan menghasilkan satu hubungan sex sihat tiada kesan sampingan terhadap mereka yg melakukan sex itu. Tetapi tetap terjadi dikalangan kanak, kalau pendidikan sex diterapkan. Betul tak? Sefahaman aku lah pendidikan sex di sekolah ini di ajar tentang hubungan kelamin yg sehat dan juga mungkin hubungan kelamin yg di benarkan. Tak tahu lah sebab silibus tak kuar lagi kan.


Perkara yg seharusnya kita buat bukan setakat mengurangkan, malah menghalang dan menghilangkan masalah keruntuhan moral di peringkat kanak2 ini. Maksud aku kat sini kita bukan ajar mereka mcm mana untuk mengelakkan hubungan tak sihat tapi kita terus menjauhkan mereka dari mendekati perkara tersebut. Dalam Al Quran sendiri telah terangkan yg bermaksud lebih kurang "Jangan kamu menghampiri Zina". Maksudnya bukan setakat nak sentuh dekat pun tak boleh. Knp kita tak nak terapkan mcm tu terus. Kan itu lebih berkesan. Penggunaan agama sebagai satu alement yg paling berkesan untuk menghalang dari berlakuny perkara jijik ini adalah unsur penting yg aku nampak. Tapi kita masih tidak menekankan agama itu yg terpenting dlm pendidikan anak2. Cuma sekadar cukuplah di ajar di kelas Fardhu Ain waktu petang ,itu pun tiada pendedah tentang hubungan terlarang dalam Islam yg jelas2 dan lebih terang nyata lagi. 

So tak tahu kat mana kurang nyer. Selepas ini kita lihat lah statistik adakah kes kesalahan hubungan sex dikalangan kanak2 berkurangan atau masih ditakok lama, malah lebih teruk lagi. daripada sekrang Tepuk dada tanya nafsu.... Selamat berblog..

8 ulasan:

  1. alamak..susahnya nak jawab..bg saya,pendidikan seks x perlu kot,pendidikan seks mungkin boleh diserap melalui subjek lain secara tidak langsung..sebab,nmpk ketara sgt la bila sbjek tu dpggil pdidikan seks..bdk sekarang ni boleh byg taw..budk ni bkn bdk zaman dulu,,

    BalasPadam
  2. sex education?

    aku takut nanti cikgu tu yg dimalukan bila budak2 lagi advance tahu macam-macam pasal sex dari cikgu tu.

    yang pertama, kena ingat kita negara Islam bukan free country macam Amerika. Mungkin di sana boleh jalan sebab sex tanpa sebarang ikatan dihalalkan cuma yang ditekankan adalah play safe atau sex sihat, penggunaan kondom, bla bla bla.

    tapi itu bukan konteks utk sebuah negara Islam yang maju. Mungkin berkesan untuk elak masalah buang bayi, atau masalah AIDS tapi untuk moral ianya tetap berterusan.

    Takut-takut nanti kondom diberi secara percuma seperti mana dadah sebelum ni just nak kurangkan satu masalah, kita create satu lagi masalah lain.

    pendidikan agama lebih sesuai. masalah seperti kekangan untuk kahwen bagi pasangan muda, kurang didikan Islam, kurangnya kasih sayang, faktor pemakaian, faktor berkawan dan lain-lain antara faktor mengapa benda ni terjadi.

    kalau nak katakan pasal sex sesama adek beradek tu aku rasa dah lama dah, cuma kini disensasikan kembali.

    mungkin dah sampai masa kita kena telus dalam mendengar teguran dari alim ulama dalam menyelesaikan masalah moral ni. sampai bila negara asyik nak gam or ban alim ulama hanya kerana mereka menegur sesetengah aktiviti yang tidak sihat dan boleh menggalakkan kepada ketelanjuran zina seperti sambutan ambang merdeka, new year, pembukaan lebih banyak kelab-kelab malam tanpa penguatkuasaan yang lebih telus.

    kembali kepada undang-undang Islam, mungkin dapat dikurangkan. Ia telah terbukti berkesan pada zaman Rasulullah.

    BalasPadam
  3. yes.i agreed with Rozuan Ismail. the sbject should put indirectly into other sbject. the title of sbject has create "willing to know deeply" for them."them" back to the child. its no good from my view.-/ arigato

    BalasPadam
  4. haish.... kehancuran akhir zaman...

    BalasPadam
  5. ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
    buat pembaca blog kami
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
    Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. masalah ni ade baik ade buruknya yang penting apa apa jua masalah ni punca nya adalah kurang pendidikan agama dan moral.... Isya Allah kalau paksinya Agama hidup sejahteralah kita

    BalasPadam
  6. err.. tak reti nk komen bab ni.. :)

    BalasPadam
  7. Budaya hedonisme yang melampau. Itu sahaja punya. Di samping didikan agama yg kurang ditekankan oleh ibu bapa.

    Sekadar pandangan berdasarkan pemerhatian dan pengalaman. :)

    BalasPadam