'Anti-racist' Betul ke Caranya - [Pendapat]


Tahniah kepada kita sebagai warganegara Malaysia yg masih mempertahankan kemerdekaan negara kita untuk kali ke 53, walaupun bukan dengan cara berperang sepertimana yg telah di lakukan oleh pejuang2 negara terdahulu, tetapi sekurang2nya kita masih mengibarkan jalur gemilang tanda kita cinta dan sygkan negara kita sendiri. Terima kasih dan tahniah juga kepada meraka yg telah menyahut kempen 1 Blog 1 Bendera. Semoga semangat kemerdekaan dan cinta negara tidak luput di hati kita. 

Gamber hiasan

Itu adalah perkara yg membanggakan kita lah, namun ada gak perkara yg kurng menyenangkan kita apabila ada org yg menggunakan teknologi untuk meraih populariti dengan cara yg agak kurang dari segi budaya dan cara kita sebagai rakyat Malaysia. Kalau tgk pada tajuk ramai kata ini entry perkauman. Tapi ini adalah satu entry semangat kemerdekaan gak, kalau dulu kita tahu pasal Negaraku yg di tukar menjadi negarakuku cuba nama dia aku tambah sikit Namewee itu menjadi nameweewee.

Kena tak? Bukan nak halang untuk mereka bersuara kerana kita masih negara yg bebas bersuara, tapi kena lah pada batasnya dan caranya yg betul. Kalau ikut perasaan memang mcm ni jadinya. Ini bukan cara terbaik untuk meluahkan perasaan kepada apa yg kita rasa tidak betul atau tidak puas hati, kerana bukan semua perkara adalah betul. Tapi jnglah sampai mengaibkan diri sendiri dan juga negara yg kita cintai. 

Kata sygkan negara tetapi kenpa perlu banggakan negara lain. Baik pergi tukar jer kewarganegaraan lagi senang. Siap buat liputan lagi di negara lain. Pergi belajar luar negara and bawa perangai dari negara tu ke sini betul ker cara tu. Kita ada budaya and adat, so follow the rule lah kan lagi selamat. Kata anti-racist tapi semua benda nak di comparekan, haa tgk aku sendiri dah campur adukkan bahasa, mcm tu lah juga dia yg sendiri telah mencampurkan yg patut dan tak patut. So fikir sendiri lah mana betul dan mana yg di salah gunakan.

Jng kerana gagal sesuatu kita sanggup mengabaikan apa yg ada dan maruah yg dipertahankan. Cukup sekali kita di beri pengajaran bukan untuk memperlekehkan ia, tapi untuk menyedarkan diri kita. Semoga lepas ni tak ada lagi isu mcm ni untuk dijadikan batu loncatan mempopularkan diri dan juga melariskan jualan album. Kerana perkara ni berlaku apabila terasa diri dilupakan dan mahu mencari cara mudah melonjakkan air muka sendiri. Entah lah pandai2 lah fikir dan jadikan ia satu sempadan untuk kita temasuk lah aku sendiri. Renung2kan dan selamat berblog.



4 comments.. read them below or add one

Shukjessa Shukjessa 01 September, 2010
pada pandangan aku,

bebas bersuara tu boleh tapi kena paham la kurangkan kritikan lebihkan pendapat or cadangan yang lebih bernas.

sbb kalo kritkan ni org cepat marah kalaupun benda tu betul, tapi kalo cadangan or pendapat, mungkin diorg akan marah gak tp one day diorg akan guna gak cadangan tu.
noor afzan noor afzan 01 September, 2010
lebih baik low profile daripada glamour sebab mende2 tak elok gini.
huhu~

tak berbaloi beb.
Mr. Merlot Mr. Merlot 03 September, 2010
bagi aku knp perlu nk racist... cam namewee tu, kenapa x puas hati ngan bangsa melayu... dia x belajar sejarah ker...
Ciao Annin-sama Ciao Annin-sama 03 September, 2010
Betul tu. Walaupun diberi kebebasan bersuara, tidak semestinya cara yang digunakan bersesuaian dan diterima oleh semua pihak.