Geledah Dapur Ramadhan - [Makanan]


Hari mandatang nak dekat puasa ni mcm2 lah plan menu untuk berbuka puasa and juga nak bersahur nanti. Nak masak ker nak tunjuk ker atau nak beli. Tapi dah try satu resepi yg nak kata buat sendiri tak sgt nak tiru mana pun tak tapi yg pasti ia dtg dari turun temurun resepi origenal emak tersayang.


Tak ada lah resepi yg berat2 cuma cukup untuk syarat makan berbuka seperti yg di syriatkan dalam Islam. Tapi sini aku nak kongsi menu yg aku telah cuba buat tak pernah terfikir nak mask pun tapi atas permintaan abg and adik aku msk gak lah iaitu "Bubur Ayam".


Bukan oder call delivery MCd ok tapi ni masak sendiri boleh lah sedap and dpt pujian.. hehehhehe kembang kejap. So nak tahu resepi and step nak masak bubur ayam ini kena tgk lah kat bawah ni mcm maner telah di ubah mengikut cita rasa sendiri dan kesedapan sendiri ok.

Bahan - Bahan

Beras - 2 put  dibasuh bersih
Daging Ayam Sebelah-  di potong kecik  ( kalau nak lebih beli sekor)
Kiub Pati Ayam -  2 ketul
Meggi Secukup Rasa - 1 sudu kecik
Bawang Merah - 3 biji
Bawang Putih -  1 ulas
Halia - Sekerat @ 2inch (ikut suka janji letak penyedap rasa)
Daun Sup - RM 0.50
Daun Bawang - RM 0.50
Bawang Goreng - 1 pek

Cara-cara penyediaan

1) Basuh beras tadi dengan air sebayk 3 kali
2) Tumis bawang merah dan bawang putih bersama minyak beserta halia yg telah dipotong kecil sehingga naik bau.
3) Masukkan air lebih kurang 4 cawan dan masukkan daging ayam masak sehingga ayam empuk.
4) Keluarkan daging ayam tadi dan biar sejuk kemudiah di carik2 halus untuk dimasukkan didalam bubur nanti.
5) Masak beras yg sudah dibasuh tadi dengan air renehan ayam tadi.
6) Di waktu yg sama masukkan garam, kiub pati ayam, dan juga Meggi Secukup Rasa.
7) Masukkan pula daging ayam yg telah dicarik tadi.
8) Masak sehingga nasi menjadi bubur kalau kurang lembik tambah air biasa sehingga ia cukup lembik.
9) Masukkan pula daun sup dan daun bawang yg telah dipotong halus.
10) Hidang kan di dalam pinggan dan taburkan bawang goreng untuk hiasan

Hidangan untuk 3 org kalau nak cuba boleh lah hehehehhe..kalau nak sedap lagi tambah telur goreng atau kacang tanah. Memang sedap terbaik punya...


*Gambar ehsan tak sempat nak capture gambar masa masak terus makn hehehehe... 


6 comments.. read them below or add one

Hezesuze Hezesuze 21 July, 2010
aduaaiii tauler akak baru jek cabut gg nie..trus ko wat n3 sal bubur nasik ye maddy....sengal tau...

haruss makan bubur nasi selama seminggu gara2 jahitan lom bukak lagik
QieFLy si Dolce QieFLy si Dolce 21 July, 2010
huhuhu sejak bile plk ko terjun ke dapur nie :p
Entry terkini : Emo Face Contest
Aidi-Safuan Aidi-Safuan 22 July, 2010
beli yang da siap dalam paket tuh boleh tak? :P
Pencacai Alim Pencacai Alim 22 July, 2010
syaaban tak abih lagi..hakhak